My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 253

Capital Markets and Services Act 2007 s 253

s 253 Reliance on public official statement in respect of false and misleading statement

(1) A person shall not be guilty of an offence under section 246 and is not liable under section 248 if the person proves that the false or misleading statement or material omission from a statement in a prospectus (hereinafter referred as the “defective statement”) is or is based on a statement made by a public officer in the course of his duties or is contained in a copy of or what purports to be a copy of, or an extract from, a public official document, and it is proved by the person that— (a) the defective statement accurately represented the statement made by the public officer including the context and form in which it was originally made; or (b) the defective statement is contained in a copy of or what purports to be a copy of, or extract from, a public official document, and the person had reasonable grounds to believe, and did believe until the time of the allotment of, issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, the securities, that the defective statement was true and not misleading and that there was no material omission from the defective statement, as the case may be. (2) A person is not liable under section 249 in respect of an act that is misleading or deceptive or is likely to mislead or deceive if the person proves that the act consists of a representation made in reliance on a public official document or statement made by a public officer in the course of his duties and it is proved that— (a) the representation accurately reflects the statement made by the public officer including the context and form in which it was originally made; or (b) the representation is contained in a copy of, or an extract from, a public official document, and the person had reasonable grounds to believe, and did believe until the time of the allotment of, issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, the securities, that the representation was not misleading or deceptive or is likely to mislead or deceive.

Malay text (authoritative)

Pergantungan kepada pernyataan rasmi awam berkenaan dengan pernyataan palsu dan mengelirukan

(1) Seseorang tidak melakukan kesalahan di bawah seksyen 246 dan tidak bertanggungan di bawah seksyen 248 jika orang itu membuktikan bahawa pernyataan yang palsu atau mengelirukan itu atau peninggalan yang material dalam suatu pernyataan dalam sesuatu prospektus (selepas ini disebut sebagai “pernyataan cacat”) adalah atau berasaskan kepada suatu pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai awam dalam menjalankan tugasnya atau yang terkandung dalam suatu salinan atau yang berupa suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu dokumen rasmi awam, dan dibuktikan oleh orang itu bahawa— (a) pernyataan cacat itu menggambarkan dengan tepat pernyataan yang dibuat oleh pegawai awam itu termasuk konteks dan bentuk yang pernyataan itu asalnya dibuat; atau (b) pernyataan cacat itu terkandung dalam salinan atau berupa sebagai suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu dokumen rasmi awam, dan orang itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti, bahawa pernyataan cacat itu adalah benar dan tidak mengelirukan dan bahawa tidak terdapat ketinggalan yang material dalam pernyataan cacat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Seseorang tidak bertanggungan di bawah seksyen 249 berkenaan dengan perbuatan yang mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan jika orang itu membuktikan bahawa perbuatan itu terdiri daripada suatu representasi yang dibuat dengan pergantungan pada suatu dokumen rasmi awam atau pernyataan yang dibuat oleh seorang pegawai awam dalam menjalankan tugasnya dan dibuktikan bahawa— (a) representasi itu menggambarkan dengan tepat pernyataan yang dibuat oleh pegawai awam itu termasuk konteks dan bentuk yang pernyataan itu asalnya dibuat; atau (b) representasi itu terkandung dalam suatu salinan, atau cabutan daripada, suatu dokumen rasmi awam, dan orang itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa penguntukan, penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti itu, bahawa representasi itu tidak mengelirukan atau memperdayakan atau berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next