My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 255

Capital Markets and Services Act 2007 s 255

s 255 Restriction on offering securities for subscription or purchase

(1) Except as otherwise expressly provided in this Act, a person shall not make— (a) an unsolicited invitation to subscribe for or purchase any securities; (b) an unsolicited offer for subscription or purchase of any securities; or (c) an unsolicited recommendation of any securities. (2) Subsection (1) shall not— (a) prohibit a licensed person or any other person allowed in writing by the Commission from making invitations or offers or recommendations— (i) in relation to any securities which are listed on a stock market of a stock exchange within Malaysia or on a stock market of a securities exchange outside Malaysia which is approved by the Commission; and (ii) to a person to whom, or to a number of persons in relation to each of whom, at least one of the following conditions is satisfied: (A) the person has acquired or sold the securities through the licensed person or any other person allowed in writing by the Commission, in the twelve months before the making of the invitation or offer or recommendation; or (B) when the invitation or offer or recommendation is made, a written agreement is in force under which the licensed person or any other person allowed in writing by the Commission is to, or may, whether subject to conditions or otherwise, act on the person’s behalf in connection with the acquisition or sale of any securities by the person, or advise the person about the acquisition or sale of any securities by the person; (b) prohibit a management company from providing further information, notices or recommendations to existing unit holders in relation to the investments of such unit holders; (c) prohibit a person allowed in writing by the Commission from issuing such notices or recommendations relating to units in a unit trust scheme or prescribed investment scheme containing such information as may be allowed by the Commission; (d) prohibit an invitation, offer or recommendation that is made in, or accompanied by, a prospectus that complies with this Act; (e) prohibit an invitation, offer or recommendation which is made in relation to an excluded invitation or excluded offer; (f) apply to an invitation or offer to which the provisions of the Companies Act 1965 apply; or (g) apply to an invitation, offer or recommendation which is prescribed by the Commission by order published in the Gazette. (3) The Commission in exercising its discretion under subsection (2) may impose such terms and conditions as it thinks fit. (4) A person allowed in writing by the Commission under paragraph (2)(a) or (c) shall comply with such terms and conditions as may be imposed by the Commission. (5) The provisions of subsection (1) shall apply to an invitation, offer or recommendation in relation to any securities of a corporation or units of a unit trust scheme or prescribed investment scheme that is proposed to be formed. (6) Where the making of any invitation, offer or recommendation is subject to subsection (1) or is in respect of any exception under subsection (2), the provisions of section 363 of the Companies Act 1965 shall not apply. (7) A person who contravenes subsection (1) or (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Sekatan ke atas penawaran sekuriti bagi langganan atau pembelian

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata dalam Akta ini, seseorang tidak boleh membuat— (a) suatu pelawaan yang tidak disolisit untuk melanggan atau membeli apa-apa sekuriti; (b) suatu tawaran yang tidak disolisit bagi langganan atau pembelian apa-apa sekuriti; atau (c) suatu syor yang tidak disolisit mengenai apa-apa sekuriti. (2) Subseksyen (1) tidak boleh— (a) melarang seseorang orang berlesen atau mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya daripada membuat pelawaan atau tawaran atau syor— (i) berhubung dengan mana-mana sekuriti yang disenaraikan di pasaran saham suatu bursa saham di dalam Malaysia atau di pasaran saham suatu bursa sekuriti di luar Malaysia yang diluluskan oleh Suruhanjaya; dan (ii) kepada orang yang kepadanya, atau kepada sebilangan orang berhubung dengan setiap seorang daripada mereka, sekurang-kurangnya satu daripada syarat yang berikut dipenuhi: (a) orang itu telah memperoleh atau menjual sekuriti itu melalui orang berlesen itu atau mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya, dalam masa dua belas bulan sebelum pelawaan atau tawaran atau syor itu dibuat; atau (b) apabila pelawaan atau tawaran atau syor itu dibuat, suatu perjanjian bertulis sedang berkuat kuasa yang orang berlesen itu atau mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya hendaklah, atau boleh, sama ada tertakluk kepada syarat atau selainnya, bertindak bagi pihak orang itu berkaitan pemerolehan atau penjualan mana-mana sekuriti oleh orang itu, atau menasihati orang itu tentang pemerolehan atau penjualan mana-mana sekuriti oleh orang itu; (b) melarang suatu syarikat pengurusan daripada memberikan maklumat, notis atau syor lanjut kepada pemegang unit yang sedia ada berhubung dengan pelaburan pemegang unit itu; (c) melarang seseorang yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya daripada mengeluarkan apa-apa notis atau syor yang berhubungan dengan unit dalam suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya; (d) melarang suatu pelawaan, tawaran atau syor yang dibuat dalam, atau disertai dengan, suatu prospektus yang mematuhi Akta ini; (e) melarang suatu pelawaan, tawaran atau syor yang dibuat berhubung dengan suatu pelawaan terkecuali atau tawaran terkecuali; (f) terpakai bagi suatu pelawaan atau tawaran yang baginya peruntukan Akta Syarikat 1965 terpakai; atau (g) terpakai bagi suatu pelawaan, tawaran atau syor yang ditetapkan oleh Suruhanjaya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (3) Suruhanjaya boleh menggunakan budi bicaranya di bawah subseksyen (2) untuk mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (4) Seseorang yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya di bawah perenggan (2)(a) atau (c) hendaklah mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya. (5) Peruntukan subseksyen (1) terpakai bagi suatu pelawaan, tawaran atau syor berhubung dengan mana-mana sekuriti sesuatu perbadanan atau unit sesuatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang dicadangkan untuk ditubuhkan. (6) Jika pembuatan mana-mana pelawaan, tawaran atau syor adalah tertakluk kepada subseksyen (1) atau adalah berkenaan dengan apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (2), peruntukan seksyen 363 Akta Syarikat 1965 tidak terpakai. (7) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next