(1) A trust deed shall contain such provisions, covenants, requirements, information and particulars as may be specified by the Commission.
(2) A person issuing, offering for subscription or purchase, or making an invitation to subscribe for or purchase, any debenture shall deliver a copy of the trust deed to the Commission together with such other particulars, information or documents as the Commission may specify.
Malay text (authoritative)
Bentuk dan kandungan surat ikatan amanah
(1) Suatu surat ikatan amanah hendaklah mengandungi apa-apa peruntukan, waad, kehendak, maklumat dan butir sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2) Seseorang yang menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana debentur hendaklah menghantar serah suatu salinan surat ikatan amanah itu kepada Suruhanjaya bersama dengan apa-apa butir, maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).