(1) Where no provision has been made in the debenture or trust deed for the appointment of a successor to a retiring trustee, the borrower shall, within one month after becoming aware of
the intention of the trustee to retire, appoint as successor to the retiring trustee a trustee who is a person eligible to be appointed or to act as trustee under section 260.
(2) A court may, on the application of the borrower, a debenture holder or the Commission—
(a) appoint, as trustee, a person who is eligible to be appointed or to act as trustee under section 260 if—
(i) the trustee has not been validly appointed; or
(ii) the trustee has ceased to exist; or
(b) terminate the appointment of an existing trustee and appoint in his place, as trustee, a person who is eligible to be appointed or to act as trustee under section 260 if—
(i) the existing trustee is not eligible to be appointed or to act as trustee under section 260;
(ii) the existing trustee fails or refuses to act in accordance with the provisions or covenants of the trust deed or the provisions of this Act;
(iii) a receiver is appointed over the whole or a substantial part of the assets or undertaking of the existing trustee and has not ceased to act under that appointment, or a petition is presented for the winding up of the existing trustee (other than for the purpose of and followed by a reconstruction, unless during or following such reconstruction the existing trustee becomes or is declared to be insolvent); or
(iv) the trustee is under investigation for conduct that contravenes the Trust Companies Act 1949, the Trustee Act 1949, the Companies Act 1965 or the securities law.
(3) A borrower who contravenes subsection (1) commits an offence.
Malay text (authoritative)
Penggantian pemegang amanah
(1) Jika tiada peruntukan dibuat dalam debentur atau surat ikatan amanah bagi pelantikan pengganti kepada seseorang pemegang amanah yang bersara, peminjam hendaklah, dalam masa satu bulan selepas menyedari niat pemegang amanah itu untuk bersara, melantik sebagai pengganti kepada pemegang amanah yang bersara itu seorang pemegang amanah yang merupakan seorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260.
(2) Mahkamah boleh, atas permohonan peminjam, seseorang pemegang debentur atau Suruhanjaya—
(a) melantik, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260 jika—
(i) pemegang amanah tidak dilantik secara sah; atau
(ii) pemegang amanah itu tidak lagi wujud; atau
(b) menamatkan pelantikan seseorang pemegang amanah sedia ada dan melantik di tempatnya, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260 jika—
(i) pemegang amanah sedia ada tidak layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260;
(ii) pemegang amanah sedia ada gagal atau enggan bertindak mengikut peruntukan atau waad surat ikatan amanah itu atau peruntukan Akta ini;
(iii) seorang penerima dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian yang substansial daripada aset atau pengusahaan pemegang amanah sedia ada itu dan belum terhenti bertindak di bawah pelantikan itu, atau suatu petisyen dikemukakan bagi penggulungan pemegang amanah sedia ada (selain bagi maksud dan diikuti oleh suatu penyusunan semula, melainkan jika semasa atau berikutan penyusunan semula itu pemegang amanah sedia ada menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak solven); atau
(iv) pemegang amanah itu sedang disiasat bagi perlakuan yang melanggar Akta Syarikat Amanah 1949, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat 1965 atau undang-undang sekuriti.
(3) Seseorang peminjam yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).