My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 263

Capital Markets and Services Act 2007 s 263

s 263 Duties of the borrower

(1) A borrower shall— (a) use its best endeavours to carry on and conduct its business in a proper and efficient manner; (b) provide a copy of the trust deed to— (i) a debenture holder; (ii) a trustee; or (iii) any other person as may be allowed by the Commission, if they request a copy and upon payment of such reasonable sum as may be imposed by the borrower; (c) make all of its financial and other records available for inspection by— (i) the trustee; (ii) an officer or employee of the trustee authorized by the trustee to carry out the inspection; or (iii) an approved company auditor appointed by the trustee to carry out the inspection, and give the person carrying out the inspection any information, explanation or other assistance that such person may require; and (d) comply with any direction issued by the Commission under subsection 280(1). (2) A borrower who contravenes paragraph (1)(a) shall not be guilty of an offence. (3) A borrower who contravenes paragraph (1)(b) or (c) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit. (4) A borrower who contravenes paragraph (1)(d) commits an offence. (5) Where a borrower contravenes paragraph (1)(b) or (c), the Commission may direct the borrower to comply with the provisions of those paragraphs. (6) A borrower who contravenes a direction of the Commission issued pursuant to subsection (5) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kewajipan peminjam

(1) Seseorang peminjam hendaklah— (a) berusaha bersunguh-sungguh untuk menjalankan dan mengendalikan perniagaannya mengikut cara yang betul dan cekap; (b) menyediakan suatu salinan surat ikatan amanah kepada— (i) seorang pemegang debentur; (ii) seorang pemegang amanah; atau (iii) mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya, jika mereka meminta suatu salinan dan apabila dibayar apa-apa jumlah yang munasabah sebagaimana yang dikenakan oleh peminjam; (c) menyediakan semua rekod kewangan dan rekodnya yang lain bagi pemeriksaan oleh— (i) pemegang amanah itu; (ii) seorang pegawai atau pekerja pemegang amanah yang diberi kuasa oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu; atau (iii) seorang juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu, dan memberi orang yang menjalankan pemeriksaan itu apa-apa maklumat, penerangan atau bantuan lain yang diperlukan oleh orang itu; dan (d) mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 280(1). (2) Seseorang peminjam yang melanggar perenggan (1)(a) tidak melakukan suatu kesalahan. (3) Seseorang peminjam yang melanggar perenggan (1)(b) atau (c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. (4) Seorang peminjam yang melanggar perenggan (1)(d) melakukan suatu kesalahan. (5) Jika seseorang peminjam melanggar perenggan (1)(b) atau (c), Suruhanjaya boleh mengarahkan peminjam itu supaya mematuhi peruntukan perenggan itu. (6) Seseorang peminjam yang melanggar arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan menurut subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next