Capital Markets and Services Act 2007 s 274
s 274 Exemptions and indemnification of trustee from liability
(1) Subject to this section, a term, provision or covenant of a debenture or a trust deed or a term of a contract with holders of debentures secured by a trust deed shall be void in so far as the term, provision or covenant, as the case may be, would have the effect of—
(a) exempting a trustee from liability for contravention of any provision of this Act or for breach of trust or for failure to show the degree of care and diligence required of it as trustee; or
(b) indemnifying a trustee against liability for contravention of any provision of this Act or for breach of trust or for failure to show the degree of care and diligence required of it as trustee,
unless the term, provision or covenant—
(A) releases the trustee from liability for anything done or omitted to be done before the release is given; or
(B) enables a meeting of debenture holders to approve the release of a trustee from liability for anything done or omitted to be done before the release is given.
(2) For the purpose of paragraph (1)(B)—
(a) a release is approved if the debenture holders who vote for the resolution hold seventy-five per centum of the nominal value of the debentures held by all the debenture holders who attend the meeting and vote on the resolution; and
(b) a debenture holder attends the meeting and votes on the resolution if—
(i) such debenture holder attends the meeting in person and votes on the resolution; or
(ii) if proxies are permitted, the debenture holder is represented at the meeting by a proxy and the proxy votes on the resolution.
Malay text (authoritative)
Pengecualian bagi pemegang amanah daripada tanggungan dan menanggung rugi tanggungan
(1) Tertakluk kepada seksyen ini, suatu terma, peruntukan atau waad sesuatu debentur atau sesuatu surat ikatan amanah atau suatu terma sesuatu kontrak dengan pemegang debentur yang dijamin oleh suatu surat ikatan amanah adalah terbatal setakat yang terma, peruntukan atau waad itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kesan—
(a) yang mengecualikan seseorang pemegang amanah daripada tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah; atau
(b) yang menanggung rugi seseorang pemegang amanah terhadap tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah, melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—
(a) melepaskan pemegang amanah itu daripada tanggungan bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberi; atau
(b) membolehkan suatu mesyuarat pemegang debentur untuk meluluskan pelepasan seseorang pemegang amanah daripada tanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan sebelum pelepasan itu diberi.
(2) Bagi maksud subperenggan (1)(B)—
(a) suatu pelepasan diluluskan sekiranya pemegang debentur yang mengundi bagi resolusi itu memegang tujuh puluh lima peratus daripada nilai nominal debentur yang dipegang oleh semua pemegang debentur yang menghadiri mesyuarat itu dan mengundi atas resolusi itu; dan
(b) seseorang pemegang debentur menghadiri mesyuarat itu dan mengundi atas resolusi itu jika—
(i) pemegang debentur itu sendiri menghadiri mesyuarat itu dan mengundi atas resolusi itu; atau
(ii) jika proksi dibenarkan, pemegang debentur itu diwakili dalam mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi atas resolusi itu.
Read this section in the full act → · Open Division 4 →
Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).