My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 289

Capital Markets and Services Act 2007 s 289

s 289 Approval of trustee and management company

(1) No person shall act or be appointed to act as trustee or as a management company in relation to a unit trust scheme or prescribed investment scheme without obtaining the prior approval of the Commission to act as trustee or as a management company. (2) The Commission may, subject to such terms and conditions as it thinks fit, approve— (a) a company to act as a management company of a unit trust scheme or a prescribed investment scheme; and (b) a person who is eligible to be appointed or to act as trustee under section 290, to act as trustee of a unit trust scheme or a prescribed investment scheme. (3) The Commission may, at any time, by reason of a breach of a term or condition subject to which the approval was granted under this Division or by reason of a contravention of any securities law, revoke such approval. (4) Without prejudice to subsection (1), the Commission may impose such other terms and conditions as it thinks fit while the approval is in force, but if the terms and conditions proposed to be imposed are likely to prejudice the interests of the management company or trustee, as the case may be, the Commission shall give the management company or trustee an opportunity to be heard. (5) An application for an approval under subsection (2) shall be made to the Commission in accordance with such procedure or other requirement as may be specified by the Commission. (6) A trustee or a management company who contravenes subsection (1) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kelulusan bagi pemegang amanah dan syarikat pengurusan

(1) Tiada seorang pun boleh bertindak atau dilantik untuk bertindak sebagai pemegang amanah atau sebagai suatu syarikat pengurusan berhubung dengan suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan tanpa mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu untuk bertindak sebagai pemegang amanah atau sebagai suatu syarikat pengurusan. (2) Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, meluluskan— (a) suatu syarikat untuk bertindak sebagai suatu syarikat pengurusan suatu skim unit amanah atau suatu skim pelaburan ditetapkan; dan (b) seseorang yang layak untuk dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290, untuk bertindak sebagai pemegang amanah suatu skim unit amanah atau suatu skim pelaburan ditetapkan. (3) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, disebabkan oleh pelanggaran suatu terma atau syarat yang tertakluk kepadanya kelulusan diberi di bawah Penggal ini atau disebabkan oleh pelanggaran Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti, membatalkan kelulusan itu. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang difikirkannya patut semasa kelulusan masih berkuat kuasa, tetapi jika terma dan syarat yang dicadangkan untuk dikenakan itu berkemungkinan akan memudaratkan kepentingan syarikat pengurusan atau pemegang amanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya hendaklah memberi syarikat pengurusan atau pemegang amanah itu suatu peluang untuk didengar. (5) Suatu permohonan untuk mendapatkan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa tatacara atau kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (6) Seseorang pemegang amanah atau sesuatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next