My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 290

Capital Markets and Services Act 2007 s 290

s 290 Persons who can be trustees

(1) A person shall not be eligible to be appointed or to act as trustee for unit holders without the approval of the Commission if the person— (a) is a shareholder who beneficially holds shares in the management company; (b) is beneficially entitled to monies owed by the management company to it; or (c) is a related corporation of— (i) the persons referred to in paragraphs (a) and (b); or (ii) the management company. (2) An application for approval by a person referred to in subsection (1) shall be made in accordance with such procedure or other requirement as may be specified by the Commission. (3) Notwithstanding the provisions of subsection (1), a person is not prevented from being appointed or from acting as trustee by reason only that— (a) the monies that the management company owes to the trustee or any related corporation of the trustee are monies to which the trustee or any related corporation of the trustee is entitled to as trustee, in accordance with the provisions or covenants of the deed; or (b) the trustee or a related corporation of the trustee, despite being beneficial owners in the shares of the management company, do not have the right to exercise more than one-twentieth of the voting power at any general meeting of the management company. (4) The Commission may, subject to such terms and conditions as it thinks fit, approve a person to be appointed or to act as trustee where an application has been made to the Commission pursuant to subsection (1). (5) In exercising its discretion under subsection (4), the Commission shall have regard to— (a) the interests of holders of any unit; and (b) the ability of the trustee to safeguard the interests of unit holders as required by the provisions and covenants of the deed and the provisions of this Act. (6) The Commission may revoke an approval granted under subsection (4) where the trustee has failed to comply with any term or condition imposed under subsection (4) or has contravened any provision of this Act. (7) A trustee who— (a) contravenes subsection (1); (b) contravenes a term or condition imposed by the Commission under subsection (4), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Orang yang boleh menjadi pemegang amanah

(1) Seseorang tidak layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang unit tanpa kelulusan Suruhanjaya jika orang itu— (a) ialah seorang pemegang saham yang memegang saham syarikat pengurusan secara benefisial; (b) adalah berhak secara benefisial kepada wang yang terhutang kepadanya oleh syarikat pengurusan; atau (c) ialah suatu perbadanan yang berhubungan dengan— (i) orang yang disebut dalam perenggan (a) dan (b); atau (ii) syarikat pengurusan itu. (2) Suatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan oleh seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa tatacara atau kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), seseorang tidak terhalang daripada dilantik atau daripada bertindak sebagai pemegang amanah semata-mata oleh sebab bahawa— (a) wang yang terhutang oleh syarikat pengurusan kepada pemegang amanah atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu ialah wang yang pemegang amanah itu atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu berhak sebagai pemegang amanah, mengikut peruntukan atau waad surat ikatan itu; atau (b) pemegang amanah atau perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu, walaupun menjadi pemunya benefisial dalam saham syarikat pengurusan, tidak mempunyai hak untuk melaksanakan lebih daripada satu per dua puluh kuasa mengundi dalam mana-mana mesyuarat agung syarikat pengurusan. (4) Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, meluluskan seseorang untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah jika suatu permohonan dibuat kepada Suruhanjaya menurut subseksyen (1). (5) D a l a m m e n g g u n a k a n b u d i b i c a r a n y a d i b a w a h subseksyen (4), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira— (a) kepentingan pemegang apa-apa unit; dan (b) keupayaan pemegang amanah untuk melindungi kepentingan pemegang unit sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan dan waad surat ikatan dan peruntukan Akta ini. (6) Suruhanjaya boleh membatalkan suatu kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (4) jika pemegang amanah tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini. (7) Seseorang pemegang amanah yang— (a) melanggar subseksyen (1); (b) melanggar suatu terma atau syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (4), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next