My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 313

Capital Markets and Services Act 2007 s 313

s 313 Rights of trustee, executor, administrator in relation to a deceased unit holder

(1) A trustee, executor or administrator of the estate of any deceased person who was registered or beneficially entitled to be registered as a unit holder of any unit trust scheme or prescribed investment scheme may become registered as the unit holder in respect of the holdings of the deceased person as trustee, executor or administrator of that estate and shall, in respect of such holdings, be entitled to the same rights as he would have been entitled to if the holdings of the deceased person had remained registered in the name of the deceased person. (2) A unit held by a trustee, executor or administrator of a deceased person in respect of a particular trust may, with the consent of the management company, be marked in the register or branch register in such a way as to identify it as being held in respect of the trust. (3) Except as provided in this section, no notice of any trust expressed, implied or constructive shall be entered on a register or branch register, and no liability shall be affected by anything done in pursuance of subsection (1) or (2) or pursuant to any law outside Malaysia which corresponds to the provisions of this section.

Malay text (authoritative)

Hak pemegang amanah, wasi, pentadbir berhubung dengan pemegang unit yang mati

(1) Seseorang pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka mana-mana orang mati yang didaftarkan atau yang berhak secara benefisial untuk didaftarkan sebagai seorang pemegang unit mana-mana skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan boleh didaftarkan sebagai pemegang unit berkenaan dengan pemegangan orang mati sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka itu dan adalah, berkenaan dengan pemegangan itu, berhak kepada hak yang sama dengan yang sepatutnya jika pemegangan orang mati itu kekal didaftarkan atas nama orang mati itu. (2) Suatu unit yang dipegang oleh pemegang amanah, wasi atau pentadbir orang mati berkenaan dengan suatu amanah tertentu boleh, dengan persetujuan syarikat pengurusan, ditandakan dalam daftar atau daftar cawangan itu dengan cara yang membolehkan unit itu dikenal pasti sebagai dipegang berkenaan dengan amanah itu. (3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada notis mengenai apa-apa amanah yang nyata, tersirat atau konstruktif boleh dimasukkan ke dalam suatu daftar atau daftar cawangan, dan tiada tanggungan boleh terjejas dengan apa-apa jua yang dilakukan menurut subseksyen (1) atau (2) atau menurut mana-mana undang-undang di luar Malaysia yang sama dengan peruntukan seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next