My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 321

Capital Markets and Services Act 2007 s 321

s 321 Protection for persons against retaliation for reporting to authorities in specific circumstances

(1) Where a chief executive, any officer responsible for preparing or approving financial statements or financial information, an internal auditor or a secretary of a listed corporation by whatever name described, has in the course of the performance of his duties reasonable belief of any matter which may or will constitute a breach or non-performance of any requirement or provision of the securities laws or a breach of any of the rules of a stock exchange or any matter which may adversely affect to a material extent the financial position of the listed corporation and any of the aforementioned persons submits a report on the matter— (a) in the case of a breach or non-performance of any requirement or provision of the securities laws, to the Commission; (b) in the case of a breach or non-performance of any of the rules of a stock exchange, to the relevant stock exchange or the Commission; or (c) in any other case which adversely affects to a material extent the financial position of the listed corporation, to the relevant stock exchange or the Commission, the listed corporation shall not remove, discriminate, demote, suspend or interfere with the lawful employment or livelihood of, the chief executive, any officer responsible for preparing or approving financial statements or financial information, internal auditor or secretary, of the listed corporation because of the report submitted by any of such persons. (2) No chief executive, officer responsible for preparing or approving financial statements or financial information, internal auditor or a secretary of a listed corporation shall be liable to be sued in any court for any report submitted by such person in good faith and in the intended performance of his duties. (3) For the purposes of this section, “secretary” means a person who is referred to in section 139 of the Companies Act 1965.

Malay text (authoritative)

Perlindungan bagi orang terhadap tindak balas kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam hal keadaan tertentu

(1) Jika seorang ketua eksekutif, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab untuk menyediakan atau meluluskan penyata kewangan atau maklumat kewangan, seorang juruaudit dalaman atau setiausaha perbadanan tersenarai, walau apa pun gelarannya, telah dalam melaksanakan tugasnya mempunyai kepercayaan yang munasabah tentang apa-apa perkara yang boleh atau akan mengakibatkan suatu pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kehendak atau peruntukan undang-undang sekuriti atau pelanggaran mana-mana kaedah-kaedah bursa saham atau apa-apa perkara yang boleh menjejaskan pada takat yang material kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu dan mana-mana orang yang disebut terdahulu mengemukakan laporan tentang perkara itu— (a) dalam hal pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kehendak atau peruntukan undang-undang sekuriti, kepada Suruhanjaya; (b) dalam hal pelanggaran atau ketidaklaksanaan apa-apa kaedah bursa saham, kepada bursa saham yang berkaitan atau kepada Suruhanjaya; atau (c) dalam apa-apa hal lain yang menjejaskan pada takat yang material kedudukan kewangan perbadanan tersenarai itu, kepada bursa saham yang berkaitan atau kepada Suruhanjaya, perbadanan tersenarai itu tidak boleh memecat, mendiskriminasi, menurunkan pangkat, menggantung atau mencampuri urusan pekerjaan atau punca pendapatan yang sah, ketua eksekutif, mana-mana pegawai yang bertanggungjawab untuk menyediakan atau meluluskan penyata kewangan atau maklumat kewangan, juruaudit dalaman atau setiausaha, perbadanan tersenarai itu disebabkan laporan yang dikemukakan oleh mana-mana orang itu. (2) Ketua eksekutif, pegawai yang bertanggungjawab untuk menyediakan atau meluluskan penyata kewangan atau maklumat kewangan, juruaudit dalaman atau setiausaha perbadanan tersenarai tidak boleh dibawa guaman terhadapnya dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa laporan yang dikemukakan oleh orang itu dengan suci hati dan atas niat untuk melaksanakan kewajipannya. (3) Bagi maksud seksyen ini, “setiausaha” ertinya seseorang yang disebut dalam seksyen 139 Akta Syarikat 1965.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next