My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 324

Capital Markets and Services Act 2007 s 324

s 324 Duties of a recognized self-regulatory organization

(1) A recognized self-regulatory organization shall ensure that in exercising any of its powers or in carrying out any of its functions, such power or function shall be exercised or carried out in the public interest having particular regard to the need for the protection of investors. (2) A recognized self-regulatory organization shall immediately notify the Commission if it becomes aware of— (a) any matter which adversely affects or is likely to adversely affect the interests of investors; and (b) any contravention by its members of any securities laws. (3) Without prejudice to subsection (2), when a recognized self-regulatory organization expels, or suspends any member, or otherwise disciplines any of its members, it shall, within seven days, give to the Commission in writing the following particulars: (a) the name of the member; (b) the reason for and the nature of the action taken; (c) the amount of the fine; (d) the period of suspension, if any; and (e) any other disciplinary action taken. (4) A recognized self-regulatory organization shall not make a decision under its rules that adversely affects the rights of a person unless the recognized self-regulatory organization has given the affected person an opportunity to make representations to the recognized self-regulatory organization about the matter. (5) Notwithstanding the provisions of subsection (4), where the recognized self-regulatory organization considers that any delay in making the decision is likely to prejudice public interest or necessary for the protection of investors, the recognized selfregulatory organization may make a decision without giving an opportunity to be heard.

Malay text (authoritative)

Kewajipan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf

(1) Sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah memastikan bahawa dalam menjalankan apa-apa kuasanya atau menjalankan mana-mana fungsinya, kuasa atau fungsi itu hendaklah dijalankan demi kepentingan awam dengan mengambil kira secara khusus keperluan untuk melindungi pelabur. (2) Sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya jika ia menyedari tentang— (a) apa-apa perkara yang menjejaskan atau yang berkemungkinan menjejaskan kepentingan pelabur; dan (b) apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti oleh anggotanya. (3) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), apabila sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf memecat, atau menggantung mana-mana anggotanya, atau selainnya mendisiplinkan mana-mana anggotanya, ia hendaklah, dalam masa tujuh hari, memberi Suruhanjaya secara bertulis butir-butir yang berikut: (a) nama anggota itu; (b) sebab bagi dan jenis tindakan yang diambil; (c) amaun denda; (d) tempoh penggantungan, jika ada; dan (e) apa-apa tindakan disiplin lain yang diambil. (4) Suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf tidak boleh membuat keputusan di bawah kaedah-kaedahnya yang menjejaskan hak seseorang melainkan jika organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah memberi orang yang terjejas itu suatu peluang untuk membuat representasi kepada organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf mengenai perkara itu. (5) Walau apa pun peruntukan subseksyen (4), jika organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf menganggap bahawa apa-apa kelengahan dalam membuat keputusan adalah berkemungkinan menjejaskan kepentingan awam atau perlu untuk melindungi pelabur, organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf boleh membuat keputusan tanpa memberi peluang untuk didengar.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next