My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 328

Capital Markets and Services Act 2007 s 328

s 328 Withdrawal of recognition

(1) The Commission may, with the concurrence of the Minister, withdraw a recognition given under subsection 323(1) where— (a) the recognized self-regulatory organization has failed to commence operations within six months from the date published in the Gazette under subsection 323(1); (b) the Commission is not satisfied that the recognized selfregulatory organization is properly performing or is able to perform the functions or duties under its rules or any guidelines issued by the Commission pursuant to section 377; (c) the recognized self-regulatory organization has breached any term and condition imposed under subsection 323(1); (d) the recognized self-regulatory organization is in breach of any provisions of the securities laws or any guidelines issued pursuant to section 377 or has failed to comply with any direction by the Commission and where relevant, the rules of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository; (e) the recognized self-regulatory organization is being wound up or otherwise dissolved; (f) a judgement debt against the recognized self-regulatory organization has not been satisfied in whole or in part; (g) a receiver, a receiver and manager, or equivalent person has been appointed, in relation to or any property of the recognized self-regulatory organization; (h) the recognized self-regulatory organization— (i) on its own accord has applied to the Commission to cease operating as a recognized self-regulatory organization; or (ii) has been determined by the Commission to have ceased operating as a recognized self-regulatory organization; (i) any information provided for the purposes of section 323 was false or misleading in a material particular; or (j) the recognized self-regulatory organization has contravened any direction of the Commission issued under section 327. (2) A recognition given under subsection 323(1) shall not be withdrawn unless the Commission has notified the recognized self-regulatory organization of its intention and the reasons for the Commission’s action, and give the recognized self-regulatory organization an opportunity to make representations to the Commission.

Malay text (authoritative)

Penarikan balik pengiktirafan

(1) Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri, menarik balik pengiktirafan yang diberikan di bawah subseksyen 323(1) jika— (a) organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah tidak memulakan operasi dalam masa enam bulan dari tarikh yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen 323(1); (b) Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu menjalankan atau menunaikan fungsi atau kewajipannya di bawah kaedah-kaedahnya atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut seksyen 377; (c) organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 323(1); (d) organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan menurut seksyen 377 atau telah tidak mematuhi apa-apa arahan Suruhanjaya dan jika berkaitan, kaedah-kaedah bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat; (e) organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan; (f) suatu hutang penghakiman terhadap organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu tidak dijelaskan sepenuhnya atau sebahagiannya; (g) seorang penerima, seorang penerima dan pengurus, atau seorang yang setaraf dengannya telah dilantik, berhubung dengan mana-mana harta organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu; (h) organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu— (i) atas kehendaknya sendiri telah memohon kepada Suruhanjaya untuk memberhentikan operasi sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf; atau (ii) telah ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai telah terhenti beroperasi sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf; (i) apa-apa maklumat yang diberikan bagi maksud seksyen 323 adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material; atau (j) organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah melanggar apa-apa arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan di bawah seksyen 327. (2) Suatu pengiktirafan yang diberikan di bawah subseksyen 323(1) tidak boleh ditarik balik melainkan jika Suruhanjaya telah memberitahu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu tentang niat dan alasan bagi tindakan Suruhanjaya, dan memberi organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu peluang untuk membuat representasi kepada Suruhanjaya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next