My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 33

Capital Markets and Services Act 2007 s 33

s 33 Rights of stock exchange, futures exchange or approved clearing house not to be affected by laws relating to contracts

Nothing in any law relating to contracts, to the extent of its inconsistency with the provisions of this Act or the rules of a stock exchange, futures exchange or approved clearing house, shall render unenforceable or otherwise adversely affect— (a) any rights to be conferred on a stock exchange, a futures exchange or an approved clearing house in relation to securities or futures contracts, as the case may be, under this Act or its rules; (b) any rights to be conferred on a party to a securities or futures contract entered into on a stock market of a stock exchange, a futures market of a futures exchange, an exempt stock market, an exempt futures market or such other market as approved under this Act or the rules of a stock exchange, a futures exchange or an approved clearing house, as the case may be; or (c) anything done or omitted to be done under or in relation to a securities or futures contract entered into on a stock market of a stock exchange, a futures market of a futures exchange, an exempt stock market, an exempt futures market or such other market as approved under this Act, as the case may be. Subdivision 4 — Registered facilities

Malay text (authoritative)

Hak bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan tidak tersentuh oleh undang-undang yang berhubungan dengan kontrak

Tiada apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kontrak, setakat yang ketidakselarasannya dengan peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, boleh menyebabkan tidak boleh berkuat kuasa atau selainnya memudaratkan— (a) apa-apa hak yang diberikan kepada suatu bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan berhubung dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini atau kaedah-kaedahnya; (b) apa-apa hak yang hendak diberikan kepada suatu pihak suatu sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang dibuat di pasaran saham suatu bursa saham, pasaran niaga hadapan suatu bursa niaga hadapan, pasaran saham terkecuali, pasaran niaga hadapan terkecuali atau apa-apa pasaran lain yang diluluskan di bawah Akta ini atau kaedahkaedah suatu bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (c) apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah atau berhubung dengan sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang dibuat di suatu pasaran saham suatu bursa saham, pasaran niaga hadapan suatu bursa niaga hadapan, pasaran saham terkecuali, pasaran niaga hadapan terkecuali atau apa-apa pasaran lain yang diluluskan dibawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan. Subpenggal 4 — Kemudahan berdaftar

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next