My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 348

Capital Markets and Services Act 2007 s 348

s 348 Power of Commission to require production of books

(1) The Commission may, at any time, if it considers there is sufficient reason to do so, by writing— (a) give a direction to— (i) an exchange holding company, a stock exchange or a futures exchange; (ii) a member of the board of an exchange holding company, a stock exchange or a futures exchange; (iii) a person who is or has been either alone or together with another person or other persons, a holder of a Capital Markets Services License; (iv) a nominee controlled by a person referred to in subparagraph (iii) or jointly controlled by two or more persons at least one of whom is a person referred to in that subparagraph; or (v) a person who is or has been an officer or employee of, or an agent, advocate and solicitor, auditor or other person acting in any capacity for or on behalf of, an exchange holding company, a stock exchange, a futures exchange or a person referred to in subparagraph (ii), (iii) or (iv), requiring the production, to the Commission, of such books as are so specified, being books relating to— (A) the business or affairs of an exchange holding company, a stock exchange or of a futures exchange, as the case may be; (B) any dealing in securities or trading in futures contracts; (C) any advice concerning any securities or futures contracts or the issuing or publication of a report or analysis concerning any securities or futures contracts; (D) the character or financial position of, or any business carried on by, a person referred to in subparagraph (iii) or (iv); or (E) an audit of, or any report of an auditor concerning, a dealing in securities or any accounts or records of the holder of a Capital Markets Services License; or (b) g i v e a d i r e c t i o n t o a n y p e r s o n r e q u i r i n g t h e production, to the Commission, of any books relating to matters mentioned in subparagraph (a)(A), (B), (C), (D) or (E) that are in the custody or under the control of that person: Provided that the books shall not be required to be produced at such times and at such places as shall interfere with the proper conduct of the normal daily business of that person. (2) A reference in subsection (1) to a dealing in securities or to a business carried on by a person includes a reference to a dealing in securities by a person as trustee or to a business carried on by a person as a trustee, as the case may be. (3) Where the Commission requires the production of any books under this section and a person has a lien on the books, the production of the books does not prejudice the lien. (4) Where the Commission exercises a power under this section to require another person to produce books— (a) if the books are produced, the Commission— (i) may take possession of the books and make copies of, or take extracts from, the books; (ii) may require the other person or any person who was party to the compilation of the books to make a statement providing an explanation of any of the books; (iii) may retain possession of the books for as long as the Commission may consider necessary; and (iv) shall permit the other person, upon giving a reasonable notice and specifications of the books, to have access to such books which are in the possession of the Commission; or (b) if the books are not produced, the Commission may require the other person— (i) to state, to the best of his knowledge and belief, where the books may be found; and (ii) to identify the person who, to the best of his knowledge and belief, last had custody of the books and to state, to the best of his knowledge and belief, where that last-mentioned person may be found. (5) A power conferred by this section to make a requirement of a person extends, if the person is a body corporate, including a body corporate that is in the course of being wound up, or was a body corporate, being a body corporate that has been dissolved, to making that requirement of any person who is or has been an officer of the body corporate. (6) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after any enquiry he considers necessary, that there are reasonable cause to believe that there are books on particular premises, the production of which has been required by virtue of this section, and which have not been produced in compliance with that requirement, the Magistrate may issue a warrant authorizing the Commission or any person named in the warrant, with or without assistance— (a) to search the premises, to break open and search any cupboard, drawer, chest, box, package or other receptacle, whether a fixture or not, in the premises; and (b) to take possession of, or secure against interference, any books that appear to be books, the production of which was required. (7) The powers conferred under subsection (6) are in addition to, and not in derogation of, any other powers conferred by law. (8) In this section, “premises” includes any structure, building, aircraft, vehicle, vessel or place.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya untuk menghendaki pengemukaan buku

(1) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, jika difikirkannya ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian, secara bertulis— (a) memberikan arahan kepada— (i) suatu syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham atau suatu bursa niaga hadapan; (ii) seorang anggota lembaga suatu syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham atau suatu bursa niaga hadapan; (iii) seseorang yang menjadi atau telah menjadi sama ada bersendirian atau bersama dengan seorang lain atau orang lain, seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal; (iv) seseorang penama yang dikawal oleh seorang yang disebut dalam subperenggan (iii) atau dikawal secara bersesama oleh dua orang atau lebih yang sekurang-kurangnya seorang daripadanya ialah orang yang disebut dalam subperenggan itu; atau (v) seseorang yang menjadi atau telah menjadi pegawai atau pekerja, atau ejen, peguam bela dan peguam cara, juruaudit atau orang lain yang bertindak atas apa-apa sifatnya bagi atau bagi pihak, suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa niaga hadapan atau seseorang yang disebut dalam subperenggan (ii), (iii) atau (iv), yang menghendaki pengemukaan, kepada Suruhanjaya, apa-apa buku sebagaimana yang ditentukan sedemikian, iaitu buku yang berhubungan dengan— (a) urusan atau hal ehwal suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) apa-apa perniagaan dalam sekuriti atau perdagangan dalam kontrak niaga hadapan; (c) apa-apa nasihat mengenai apa-apa sekuriti atau kontrak niaga hadapan atau pengeluaran atau penyiaran laporan atau analisis mengenai apa-apa sekuriti atau kontrak niaga hadapan; (d) sifat atau kedudukan kewangan, atau apa-apa urusan yang dijalankan oleh, seseorang yang disebut dalam subperenggan (iii) atau (iv); atau (e) pengauditan, atau apa-apa laporan seseorang juruaudit mengenai, perniagaan dalam sekuriti atau apa-apa akaun atau rekod pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal; atau (b) memberikan arahan kepada seseorang yang menghendaki supaya dikemukakan, kepada Suruhanjaya, apa-apa buku yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam subperenggan (a)(A), (B), (C), (D) atau (E) yang ada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu: Dengan syarat bahawa buku itu tidak dikehendaki dikemukakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang boleh mengganggu perjalanan wajar urusan harian biasa orang itu. (2) Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai perniagaan dalam sekuriti atau urusan yang dijalankan oleh seseorang termasuklah sebutan mengenai perniagaan dalam sekuriti oleh seseorang sebagai pemegang amanah atau urusan yang dijalankan oleh seseorang sebagai pemegang amanah, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Jika Suruhanjaya menghendaki pengemukaan apa-apa buku di bawah seksyen ini dan seseorang itu mempunyai lien ke atas buku itu, pengemukaan buku itu tidaklah menjejaskan lien itu. (4) Jika Suruhanjaya menjalankan kuasa di bawah seksyen ini untuk menghendaki seorang lain supaya mengemukakan buku— (a) jika buku itu dikemukakan, Suruhanjaya— (i) boleh mengambil milikan buku itu dan membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, buku itu; (ii) boleh menghendaki orang lain itu atau mana-mana orang yang menjadi pihak dalam penyusunan buku itu membuat suatu pernyataan yang memberi penjelasan mengenai mana-mana buku itu; (iii) boleh memegang simpan buku itu selama yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya; dan (iv) hendaklah membenarkan orang lain itu, apabila memberi suatu notis yang munasabah dan penentuan buku itu, mempunyai akses kepada buku itu yang ada dalam milikan Suruhanjaya; atau (b) jika buku itu tidak dikemukakan, Suruhanjaya boleh menghendaki orang lain itu — (i) menyatakan, sepanjang yang dia tahu dan percaya, di mana buku itu boleh dijumpai; dan (ii) mengenal pasti orang yang, sepanjang yang dia tahu dan percaya, terakhir mempunyai jagaan ke atas buku itu dan menyatakan, sepanjang yang dia ketahui dan percaya, di mana orang yang terakhir disebut itu boleh dijumpai. (5) Kuasa yang diberikan oleh seksyen ini untuk membuat suatu kehendak ke atas seseorang itu, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, termasuk suatu pertubuhan perbadanan yang sedang digulung, atau pernah menjadi suatu pertubuhan perbadanan, yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang dibubarkan, meliputi kehendak mana-mana orang yang menjadi atau telah menjadi seorang pegawai pertubuhan perbadanan itu. (6) Jika pada hemat seorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapatinya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat buku di premis tertentu, yang pengemukaannya dikehendaki menurut kuasa seksyen ini, dan yang belum lagi dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran memberi Suruhanjaya atau mana-mana orang yang dinamakan dalam waran itu kuasa, dengan atau tanpa bantuan— (a) untuk menggeledah premis itu, memecah buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan atau tidak, di premis itu; dan (b) untuk mengambil milikan, atau menjaga supaya tidak diganggu, apa-apa buku yang kelihatan sebagai bukubuku, yang pengemukaannya dikehendaki. (7) Kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (6) adalah sebagai tambahan kepada, dan bukannya mengurangkan daripada, mana-mana kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang. (8) Dalam seksyen ini, “premis” termasuklah apa-apa struktur, bangunan, pesawat udara, kenderaan, vesel atau tempat.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next