(1) This Part shall not apply to a licensed institution and an Islamic bank other than a licensed institution that holds a Capital Markets Services Licence.
(2) Except as may be provided under subsection (3), this Part does not authorize any investigation into the affairs of a customer of a licensed institution or Islamic bank other than a licensed institution that holds a Capital Markets Services Licence.
(3) The Commission shall seek the assistance of Bank Negara where it appears to the Commission that it is necessary to examine the books of a licensed institution or Islamic bank other than a licensed institution that holds a Capital Markets Services Licence, relating to the affairs of a customer of the licensed institution or Islamic bank for the purpose of investigating the affairs of the customer.
Malay text (authoritative)
Pemakaian Bahagian ini
(1) Bahagian ini tidak terpakai bagi suatu institusi berlesen dan suatu bank Islam selain suatu institusi berlesen yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen
(3), Bahagian ini tidak membenarkan apa-apa penyiasatan dalam hal ehwal seseorang pelanggan suatu institusi berlesen atau bank Islam selain suatu instituti berlesen yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal.
(3) Suruhanjaya hendaklah mendapatkan bantuan Bank Negara jika Suruhanjaya berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk memeriksa buku suatu institusi berlesen atau bank Islam selain suatu institusi berlesen yang memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, yang berhubungan dengan hal ehwal seseorang pelanggan suatu institusi berlesen atau bank Islam bagi maksud menyiasat hal ehwal pelanggan itu.
Penggal 2
Penzahiran maklumat
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).