My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 352

Capital Markets and Services Act 2007 s 352

s 352 Disclosure to Commission

(1) The Commission may require a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of dealing in securities to disclose to the Commission in relation to any acquisition or disposal of securities, any information including the name of the person from or through whom or on whose behalf the securities were acquired or to or through whom or on whose behalf the securities were disposed of, and the nature of the instructions given to such holder in respect of the acquisition or disposal. (2) The Commission may require a holder of a Capital Markets Services License who carries on the business of trading in futures contracts to disclose to the Commission in relation to any futures contracts, any information including the name of the person from or through whom or on whose behalf the futures contract was traded, and the nature of the instructions given to such holder. (3) The Commission may require a person who has acquired or disposed of securities or futures contracts to disclose to the Commission, whether he acquired or disposed of those securities or futures contracts, as the case may be, as trustee for, or for or on behalf of, another person and, if he acquired or disposed of those securities or futures contracts as trustee for, or for or on behalf of, another person, to disclose the name of that other person and the nature of any instructions given to the first-mentioned person in respect of the acquisition or disposal. (4) The Commission may require— (a) a stock exchange to disclose to the Commission, in relation to an acquisition or disposal of securities on the stock market of that stock exchange, the names of the participating organizations who acted in the acquisition or disposal; or (b) a futures exchange to disclose to the Commission, in relation to trading in a futures contract on the futures exchange, the names of the affiliates who carried out the trading. (5) A person who contravenes a requirement of the Commission under this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Penzahiran kepada Suruhanjaya

(1) Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti menzahirkan kepada Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan sekuriti, apa-apa maklumat termasuk nama orang yang daripadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti itu diperoleh atau yang kepadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya sekuriti itu dilupuskan dan jenis arahan yang diberikan kepada pemegang lesen itu berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu. (2) Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berdagang dalam kontrak niaga hadapan menzahirkan kepada Suruhanjaya berhubung dengan apa-apa kontrak niaga hadapan, apa-apa maklumat termasuk nama orang yang daripadanya atau melaluinya atau bagi pihaknya kontrak niaga hadapan itu didagangkan, dan jenis arahan yang diberikan kepada pemegang itu. (3) Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang yang telah memperoleh atau melupuskan sekuriti atau kontrak niaga hadapan menzahirkan kepada Suruhanjaya, sama ada dia memperoleh atau melupuskan sekuriti atau kontrak niaga hadapan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai pemegang amanah bagi, atau bagi atau bagi pihak, orang lain dan, jika dia memperoleh atau melupuskan sekuriti atau kontrak niaga hadapan itu sebagai pemegang amanah bagi, atau bagi atau bagi pihak, orang lain, menzahirkan nama orang yang satu lagi itu dan jenis apa-apa arahan yang diberikan kepada orang yang pertama disebut itu berkenaan dengan pemerolehan atau pelupusan itu. (4) Suruhanjaya boleh menghendaki— (a) sesuatu bursa saham menzahirkan kepada Suruhanjaya, berhubung dengan suatu pemerolehan atau pelupusan sekuriti di pasaran saham bursa saham itu, nama organisasi peserta yang bertindak dalam pemerolehan atau pelupusan itu; atau (b) sesuatu bursa niaga hadapan menzahirkan kepada Suruhanjaya, berhubung dengan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan di bursa niaga hadapan, nama gabungan yang menjalankan perdagangan itu. (5) Seseorang yang melanggar kehendak Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next