My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 353

Capital Markets and Services Act 2007 s 353

s 353 Disclosure of information relating to dealing in securities or trading in futures contracts

(1) The Commission may require a person to disclose to the Commission, in relation to any dealing in securities or trading in futures contracts whether or not the dealing or trading was carried out on another person’s behalf— (a) the name of, and particulars sufficient to identify the person from whom, through whom or on whose behalf the securities or futures contracts were dealt with, as the case may be; (b) the nature of the instructions given to that person in relation to the dealing in securities or trading in futures contracts; (c) the particulars of the dealing in securities, including— (i) particulars of the securities that were dealt with; and (ii) particulars of consideration given or received for the dealing in securities or any other transaction related to the dealing in securities; and (d) the particulars of the trading in futures contracts, including— (i) particulars of the futures contracts that were dealt with; and (ii) particulars of consideration given or received for the trading in futures contracts or any other transaction related to the trading in futures contracts; and (e) any other information in the possession of the person as the Commission may specify as it thinks expedient for the due administration of this Act. (2) A person who contravenes a requirement of the Commission under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan berniaga dalam sekuriti atau berdagang dalam kontrak niaga hadapan

(1) Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang menzahirkan kepada Suruhanjaya, berhubung dengan apa-apa perniagaan dalam sekuriti atau perdagangan dalam kontrak niaga hadapan sama ada atau tidak perniagaan atau perdagangan itu dijalankan bagi pihak orang lain— (a) nama, dan butir-butir yang mencukupi untuk mengenal pasti orang yang daripadanya, melaluinya atau yang bagi pihaknya sekuriti atau kontrak niaga hadapan itu diniagakan atau didagangkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) jenis arahan yang diberikan kepada orang itu berhubung dengan perniagaan dalam sekuriti atau perdagangan dalam kontrak niaga hadapan; (c) butir-butir mengenai perniagaan dalam sekuriti itu, termasuk— (i) butir-butir sekuriti yang diniagakan; dan (ii) butir-butir balasan yang diberikan atau diterima bagi perniagaan dalam sekuriti itu atau apa-apa transaksi lain berhubung dengan perniagaan dalam sekuriti itu; dan (d) butir-butir mengenai perdagangan dalam kontrak niaga hadapan itu, termasuk — (i) butir-butir kontrak niaga hadapan yang didagangkan; dan (ii) butir-butir balasan yang diberikan atau diterima bagi perdagangan dalam kontrak niaga hadapan itu atau apa-apa transaksi lain berhubung dengan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan itu; dan (e) apa-apa maklumat lain yang ada dalam milikan orang itu sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan olehnya suai manfaat bagi pentadbiran sewajarnya Akta ini. (2) Seseorang yang melanggar suatu kehendak Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next