My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 355

Capital Markets and Services Act 2007 s 355

s 355 Power of Commission to take action against futures exchange, approved clearing house, etc., for failure to comply with rules, regulations, etc.

(1) Where a person— (a) contravenes the provisions of this Act other than the provisions of Part V and Division 2 of Part VI or any securities laws; or (b) fails to comply with, observe, enforce or give effect to— (i) the rules of a futures exchange or approved clearing house; (ii) any written notice, guidelines issued or condition imposed, by the Commission; or (iii) any rules of a recognized self-regulatory organization, in circumstances where the person is under an obligation to comply with, observe, enforce or give effect to such rules, written notice, guidelines or conditions, that person has committed a breach. (2) Without limiting the generality of paragraph (1)(b), the following persons shall be deemed to be under an obligation to comply with, observe, enforce or give effect to the rules of a futures exchange, approved clearing house or recognized self-regulatory organization to the extent to which such rules purport to apply in relation to those persons: (a) an exchange holding company; (b) a futures exchange; (c) an approved clearing house; (d) an affiliate; (e) a recognized self-regulatory organization; (f) a person to whom the rules of a futures exchange, approved clearing house or recognized self-regulatory organization, as the case may be, apply; (g) the directors or officers of the persons referred to in paragraphs (a) to (d); or (h) any other person on whom an obligation under any guideline issued by the Commission has been imposed in respect of trading, investment advise or fund management in respect of futures contracts. (3) If a person has committed a breach and the Commission is satisfied that it is appropriate in all the circumstances to take action against that person, the Commission may take any one or more of the following actions: (a) direct the exchange holding company or futures exchange, as the case may be— (i) to suspend trading on the futures market in a particular class of futures contracts; (ii) to limit transactions on the futures market to the closing out of futures contracts; (iii) to defer for a stated period the completion date for all futures contracts or for a particular class of futures contracts entered into on the futures market; (iv) to cause a particular futures contract entered into on the futures market or each futures contract included in a particular class of futures contracts so entered into, to be— (A) closed out immediately as the result of the matching up of the futures contract with a futures contract of the same kind whose price or value is equal to a price or value determined by the futures exchange; or (B) invoiced back to a stated date at a price or value determined by the futures exchange; (v) to require a futures contract entered into on the futures market or each futures contract included in a particular class of futures contracts so entered into, to be discharged by— (A) the tendering of a merchantable lot of an instrument determined by the futures exchange, that is of a quality or standard determined by the futures exchange, that is different from the quality or standard of the instrument stated in the futures contract; and (B) the tendering of a price adjusted by an amount determined by the futures exchange that is appropriate having regard to the quality or standard of the instrument referred to in subsubparagraph (A); (vi) to require any affiliates of the futures exchange to act in a particular manner in relation to trading in futures contracts on the futures market of that futures exchange or in relation to trading in a particular class of futures contracts; (b) direct the person in breach to comply with, observe, enforce or give effect to such rules, provisions, written notice, condition or guideline; (c) impose a penalty in proportion to the severity or gravity of the breach on the person in breach, but in any event not exceeding five hundred thousand ringgit; (d) reprimand the person in breach; (e) require the person in breach to take such steps as the Commission may direct to remedy the breach or to mitigate the effect of such breach, including making restitution to any other person aggrieved by such breach. (4) The Commission shall not take any action under subsection (3) without giving the person in breach an opportunity to be heard. (5) For the purpose of paragraph (3)(e), in determining whether or not restitution is to be made by an exchange holding company, futures exchange, approved clearing house, director, officer or affiliate concerned, or any other person concerned, the Commission shall have regard to— (a) the profits that have accrued to such exchange holding company, futures exchange, approved clearing house, director, officer or affiliate concerned or any other person concerned; or (b) whether any person has suffered loss or been otherwise adversely affected as a result of the breach. (6) Where the Commission takes an action under subsection (3) against any person under the rules of the futures exchange, an approved clearing house or a central depository, the Commission shall serve a written notice on the futures exchange, the approved clearing house or the central depository, as the case may be, of the grounds and the proposed action to be taken by the Commission. (7) Nothing in this section shall preclude— (a) the Commission from taking any of the actions that it is empowered to take under this Act or any securities laws against the person in breach; and (b) the exchange holding company, futures exchange or approved clearing house, as the case may be, from taking any action under its rules. (8) Where a person has failed to pay a penalty imposed by the Commission under paragraph (3)(c), the penalty imposed by the Commission may be sued for and recovered as a civil debt due to the Government of Malaysia. (9) Without prejudice to any other remedy, where a direction under paragraph (3)(e) had required the person in breach to make restitution in the form of monetary payment, and the person in breach fails to pay the restitution, the Commission may sue for and recover the restitution as a civil debt due to the persons aggrieved by the breach. (10) To the extent that any of the amount obtained under paragraph (3)(e) or subsection (9) has not been distributed due to the difficulty of ascertaining or notifying the aggrieved persons, such amount shall be paid to— (a) the fidelity fund maintained under Part IV; or (b) retained by the Commission to defray the costs of regulating the capital market, as the Commission, with the approval of the Minister, may determine.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya untuk mengambil tindakan terhadap bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan, dsb., kerana tidak mematuhi kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, dsb.

(1) Jika mana-mana orang— (a) melanggar peruntukan Akta ini selain peruntukan Bahagian V dan Penggal 2 Bahagian VI atau mana-mana undang-undang sekuriti; atau (b) tidak mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan— (i) kaedah-kaedah suatu bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan; (ii) apa-apa notis bertulis, garis panduan yang dikeluarkan atau syarat yang dikenakan, oleh Suruhanjaya; atau (iii) a p a – a p a k a e d a h - k a e d a h s u a t u o rg a n i s a s i pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, dalam hal keadaan yang orang itu dikenakan obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah, notis bertulis, garis panduan atau syarat, orang itu telah melakukan suatu kemungkiran. (2) Tanpa mengehadkan keluasan perenggan (1)(b), orang yang berikut hendaklah disifatkan dikenakan obligasi untuk mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan kaedah-kaedah suatu bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, setakat yang kaedah-kaedah itu berupa sebagai terpakai berhubung dengan orang itu: (a) suatu syarikat pemegangan bursa; (b) suatu bursa niaga hadapan; (c) suatu pusat penjelasan diluluskan; (d) suatu gabungan; (e) suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf; (f) seseorang yang baginya kaedah-kaedah sesuatu bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, mengikut manamana yang berkenaan, terpakai; (g) pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d); atau (h) mana-mana orang lain yang suatu obligasi di bawah mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya telah dikenakan berkenaan dengan perdagangan, nasihat pelaburan atau pengurusan dana berkenaan dengan kontrak niaga hadapan. (3) Jika seseorang telah melakukan suatu kemungkiran dan Suruhanjaya berpuas hati bahawa ia adalah wajar dalam segala hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Suruhanjaya boleh mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut: (a) mengarahkan syarikat pemegangan bursa atau bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan— (i) menggantung perdagangan di pasaran niaga hadapan dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan yang tertentu; (ii) mengehadkan transaksi di pasaran niaga hadapan setakat penutupan kontrak niaga hadapan; (iii) menangguhkan selama suatu tempoh yang dinyatakan, tarikh penyempurnaan bagi semua kontrak niaga hadapan atau bagi suatu kelas kontrak niaga hadapan yang tertentu yang dibuat di pasaran niaga hadapan; (iv) menyebabkan sesuatu kontrak niaga hadapan yang tertentu yang dibuat di pasaran niaga hadapan atau setiap kontrak niaga hadapan yang termasuk dalam suatu kelas kontrak niaga hadapan yang tertentu yang dibuat sedemikian, supaya— (A) ditutup dengan serta-merta akibat pemadanan kontrak niaga hadapan dengan kontrak niaga hadapan daripada jenis yang sama yang harga atau nilainya sama dengan harga atau nilai yang ditentukan oleh bursa niaga hadapan itu; atau (B) diinvoiskan kembali ke suatu tarikh yang dinyatakan pada harga atau nilai yang ditentukan oleh bursa niaga hadapan itu; (v) menghendaki sesuatu kontrak niaga hadapan yang dibuat di pasaran niaga hadapan atau setiap kontrak niaga hadapan yang termasuk dalam sesuatu kelas kontrak niaga hadapan yang tertentu yang dibuat sedemikian, supaya ditunaikan dengan— (A) menawarkan sesuatu lot boleh niaga sesuatu surat cara yang ditentukan oleh bursa niaga hadapan itu, yang kualiti atau piawaiannya yang ditentukan oleh bursa niaga hadapan itu, berbeza daripada kualiti atau piawaian surat cara yang dinyatakan dalam kontrak niaga hadapan itu; dan (B) menawarkan suatu harga yang diselaraskan dengan suatu amaun yang ditentukan oleh bursa niaga hadapan itu yang berpatutan dengan mengambil kira kualiti atau piawaian surat cara yang disebut dalam subsubperenggan (A); (vi) menghendaki mana-mana gabungan bursa niaga hadapan itu supaya bertindak mengikut cara yang tertentu berhubung dengan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan di pasaran niaga hadapan bagi bursa niaga hadapan itu atau berhubung dengan perdagangan dalam sesuatu kelas kontrak niaga hadapan yang tertentu; (b) mengarahkan orang yang mungkir itu supaya mematuhi, menuruti, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana kaedah-kaedah, peruntukan, notis bertulis, syarat atau garis panduan; (c) mengenakan suatu penalti yang sepadan dengan beratnya kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; (d) mencela orang yang mungkir itu; (e) menghendaki orang yang mungkir itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya untuk meremedi atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu. (4) Suruhanjaya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (3) tanpa memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar. (5) Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh suatu syarikat pemegangan bursa, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan, pengarah, pegawai atau gabungan yang berkenaan, atau mana-mana orang yang berkenaan, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira— (a) keuntungan yang telah terakru kepada syarikat pemegangan bursa, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan, pengarah, pegawai atau gabungan yang berkenaan atau mana-mana orang lain yang berkenaan; atau (b) sama ada mana-mana orang telah mengalami kehilangan atau selainnya terjejas akibat kemungkiran itu. (6) Jika Suruhanjaya mengambil suatu tindakan di bawah subseksyen (3) terhadap mana-mana orang di bawah kaedah-kaedah suatu bursa niaga hadapan, suatu pusat penjelasan diluluskan atau suatu depositori pusat, Suruhanjaya hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tentang alasan dan cadangan tindakan yang hendak diambil oleh Suruhanjaya. (7) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang— (a) Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir; dan (b) syarikat pemegangan bursa, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada mengambil apa-apa tindakan di bawah kaedah-kaedahnya. (8) Jika seseorang telah gagal membayar suatu penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 3(c), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman terhadapnya dan boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia. (9) Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan 3(e) telah menghendaki orang yang mungkir itu untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir itu gagal membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman terhadap dan mendapatkan restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan dengan kemungkiran itu. (10) Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan di bawah perenggan 3(e) atau subseksyen (9) tidak diagihkan disebabkan kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan itu, amaun itu hendaklah— (a) dibayar kepada tabung kesetiaan yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau (b) dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next