Capital Markets and Services Act 2007 s 36
s 36 Withdrawal of registration
(1) Subject to subsection (4), where the Commission is satisfied that it is appropriate to do so in the interest of the investors, in the public interest or for the maintenance of an orderly and fair market, it may, by notice in writing, withdraw the registration with effect from a date that is specified in the notice.
(2) Such notice referred to in subsection (1) shall state the reasons in support of the ground for the withdrawal.
(3) The Commission may by the notice in writing under subsection (1) permit the person to continue, on or after the date on which the withdrawal is to take effect, to carry on such activities affected by the withdrawal as the Commission may specify in the notice for the purpose of—
(a) ceasing to provide the electronic facility to which the withdrawal relates; or
(b) protecting the interest of the investors or the public interest.
(4) Where the Commission has granted a permission to a person under subsection (3), the person shall not, by reason of its carrying on the activities in accordance with the permission, be regarded as having contravened section 34.
(5) The Commission shall not exercise its power under subsection
(1) in relation to an electronic facility that has been registered under subsection 34(1) unless it has given the person referred to in subsection 34(1) a reasonable opportunity of being heard.
(6) Any withdrawal of registration made under this section shall not operate so as to—
(a) avoid or affect any agreement, transaction or arrangement entered into on the electronic facility whether the
agreement, transaction or arrangement was entered into before or after the withdrawal of the registration under subsection (1); or
(b) affect any right, obligation or liability arising under such agreement, transaction or arrangement.
Subdivision 5 — Approval of clearing house
Malay text (authoritative)
Penarikan balik pendaftaran
(1) Tertakluk kepada subseksyen (4), jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah sesuai untuk berbuat demikian demi kepentingan pelabur, kepentingan awam atau bagi penyenggaraan suatu pasaran teratur dan saksama, Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, menarik balik pendaftaran berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan dalam notis itu.
(2) Notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyatakan sebab yang menyokong alasan bagi penarikan balik itu.
(3) Suruhanjaya boleh melalui notis secara bertulis di bawah subseksyen (1) membenarkan orang itu untuk meneruskan, pada atau selepas tarikh yang penarikan balik itu hendaklah berkuat
kuasa, untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang tersentuh oleh penarikan balik sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam notis bagi maksud—
(a) menghentikan penyediaan kemudahan elektronik yang dimaksudkan oleh penarikan balik itu; atau
(b) melindungi kepentingan pelabur atau kepentingan awam.
(4) Jika Suruhanjaya telah memberikan suatu kebenaran kepada seseorang di bawah subseksyen (3), orang itu tidak boleh, atas alasan ia menjalankan aktiviti mengikut kebenaran yang diberikan itu, sebagai melanggar seksyen 34.
(5) Suruhanjaya tidak boleh menggunakan kuasanya di bawah subseksyen (1) berhubung dengan suatu kemudahan eletronik yang telah didaftarkan di bawah subseksyen 34(1) melainkan jika orang yang disebut dalam subseksyen 34(1) telah diberikan peluang yang munasabah untuk didengar.
(6) Mana-mana penarikan balik pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen ini tidak berkuat kuasa untuk—
(a) mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, transaksi atau perkiraan yang dibuat melalui kemudahan elektronik itu sama ada perjanjian, transaksi atau perkiraan yang telah dibuat sebelum atau selepas penarikan balik pendaftaran di bawah subseksyen (1); atau
(b) menyentuh mana-mana hak, obligasi atau tanggungan yang timbul daripada suatu perjanjian, transaksi atau perkiraan.
Subpenggal 5 — Kelulusan pusat penjelasan
Read this section in the full act → · Open Division 2 →
Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).