Capital Markets and Services Act 2007 s 362
s 362 Prohibition of use of certain titles
(1) A person who is not a participating organization or an affiliate shall not take or use or by inference adopt the name, title or description of “participating organization” or “affiliate”, or take or use or have attached to or exhibited at any place any name, title or description implying or tending to create the belief that such person is a participating organization or an affiliate.
(2) Unless the Commission otherwise permits, a person who is not an exchange holding company, a stock exchange or a futures exchange shall not take or use or by inference adopt the name, title or description of “exchange holding company”, “stock exchange”, “futures exchange”, “stock market”, “futures market”, “securities trading market” or “futures trading market”, or take or use or have attached to or exhibited at any place any name, title or description implying or tending to create the belief that such person is an exchange holding company, stock exchange or futures exchange.
(3) A person who is not a holder of a Capital Markets Services Licence or a Capital Markets Services Representative’s Licence shall not take or use or have attached to or exhibited at any place any name, title or description implying or tending to create the belief that such person is licensed to carry on a business or performs any function in relation to any regulated activity as specified in Schedule 2.
Malay text (authoritative)
Larangan tentang penggunaan gelaran tertentu
(1) Seseorang yang bukan organisasi peserta atau suatu gabungan tidak boleh mengambil atau menggunakan atau secara inferens menerima pakai nama, gelaran atau perihalan “organisasi peserta” atau “gabungan”, atau mengambil atau menggunakan atau melekatkan atau mempamerkan di mana-mana tempat apa-apa nama, gelaran atau perihalan yang membayangkan atau berkecenderungan mewujudkan kepercayaan bahawa orang itu ialah seorang organisasi peserta atau suatu gabungan.
(2) Melainkan jika Suruhanjaya membenarkan selainnya, seseorang yang bukan suatu syarikat pemegangan bursa, suatu bursa saham atau suatu bursa niaga hadapan tidak boleh mengambil atau menggunakan atau secara inferens menerima pakai nama, gelaran
atau perihalan “syarikat pemegangan bursa”, “bursa saham”, “bursa niaga hadapan”, “pasaran saham”, “pasaran niaga hadapan”, “pasaran perdagangan sekuriti” atau “pasaran dagangan niaga hadapan”, atau mengambil atau menggunakan atau melekatkan atau mempamerkan di mana-mana tempat apa-apa nama, gelaran atau perihalan yang membayangkan atau berkecenderungan mewujudkan kepercayaan bahawa orang itu ialah suatu syarikat pemegangan bursa, bursa saham atau bursa niaga hadapan.
(3) Seseorang yang bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal tidak boleh mengambil atau menggunakan atau melekatkan atau mempamerkan di mana-mana tempat gelaran yang mewujudkan kepercayaan bahawa orang itu dilesenkan untuk menjalankan urusan atau melakukan apa-apa fungsi berhubung dengan mana-mana aktiviti terkawal sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual 2.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).