Capital Markets and Services Act 2007 s 368
s 368 Falsification of records
(1) A person shall not, in any books in relation to the business of a stock exchange, futures exchange, an approved
clearing house and a holder of a Capital Markets Services Licence whether or not kept under this Act or the regulations made under this Act—
(a) in any manner enter, record or store, or cause to be entered, recorded or stored, any matter that is false or misleading in any material particular;
(b) in any manner falsify or cause to be falsified, any matter that—
(i) is entered, recorded or stored;
(ii) has been prepared for the purpose of being entered, recorded or stored; or
(iii) has been prepared for use in compiling other matters to be entered, recorded or stored; or
(c) fail to enter, record or store any matter with intent to falsify the records or any part of the records intended to be compiled from that matter.
(2) A person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Pemalsuan rekod
(1) Seseorang itu tidak boleh, dalam mana-mana buku berhubung dengan urusan sesuatu bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan dan seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal sama ada atau tidak disimpan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini—
(a) mengikut apa-apa cara membuat, merekodkan atau menyimpan, atau menyebabkan dibuat, direkodkan atau disimpan, apa-apa perkara yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir-butir yang material;
(b) mengikut apa-apa cara memalsukan atau menyebabkan dipalsukan, apa-apa perkara yang—
(i) dibuat, direkodkan atau disimpan;
(ii) telah disediakan bagi maksud untuk dibuat, direkodkan atau disimpan; atau
(iii) telah disediakan untuk digunakan dalam penyusunan perkara lain untuk dibuat, direkodkan atau disimpan; atau
(c) tidak membuat, merekodkan atau menyimpan apa-apa perkara dengan niat untuk memalsukan rekod atau mana-mana bahagian rekod itu yang diniatkan untuk tujuan penyusunan.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).