My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 4

Capital Markets and Services Act 2007 s 4

s 4 Interest in securities

(1) Where any property held in trust consists of or includes securities in which a person knows or has reasonable grounds for believing that he has an interest, he shall be deemed to have interest in those securities. (2) A right does not constitute an interest in a security where— (a) a right, being a right or an interest described in the definition of “interest” in section 84 of the Companies Act 1965, was issued or offered to the public for subscription or purchase; (b) the public was invited to subscribe for or purchase such a right, and the right was so subscribed for or purchased; or (c) such a right is held by the management company and was issued for the purpose of an offer to the public within the meaning of section 84 of the Companies Act 1965. (3) A person shall be deemed to have an interest in a security where a body corporate has an interest in a security and— (a) the body corporate is, or its directors are accustomed, or is under an obligation, whether formal or informal, to act in accordance with the directions, instructions, or wishes of that person in relation to that security; (b) that person has a controlling interest in the body corporate; or (c) that person, or the associates of that person or that person and his associates are entitled to exercise or control the exercise of not less than fifteen per centum of the votes attached to the voting shares in the body corporate. (4) For the purposes of paragraph (3)(c), a person is an associate of another person, if the first-mentioned person is— (a) a corporation which, by virtue of section 6 of the Companies Act 1965 is deemed to be related to that other person; (b) a person in accordance with whose directions, instructions or wishes that other person is accustomed or is under an obligation, whether formal or informal, to act in relation to the security referred to in subsection (3); (c) a person who is accustomed or is under an obligation, whether formal or informal, to act in accordance with the directions, instructions or wishes of that other person in relation to that security; (d) a body corporate which is, or the directors of which are accustomed or under an obligation, whether formal or informal, to act in accordance with the directions, instructions or wishes of that other person in relation to that security; or (e) a body corporate in accordance with the directions, instructions or wishes of which, or of the directors of which, that other person is accustomed or under an obligation, whether formal or informal, to act in relation to that security. (5) A person shall be deemed to have an interest in a security in any one or more of the following circumstances where he— (a) has entered into a contract to purchase a security; (b) has a right, otherwise than by reason of having an interest under a trust, to have a security transferred to himself or to his order, whether the right is exercisable presently or in the future and whether on the fulfilment of a condition or not; (c) has the right or power to acquire a security or an interest in a security, under an option, whether the right or power is exercisable presently or in the future and whether on the fulfilment of a condition or not; or (d) is entitled, otherwise than by reason of his having been appointed a proxy or representative to vote at a meeting of members of a corporation or of a class of its members, to exercise or control the exercise of a right attached to a security, not being a security of which he is the registered holder. (6) A person shall be deemed to have an interest in a security if that security is held jointly with another person. (7) For the purpose of determining whether a person has an interest in a security it is immaterial that the interest cannot be related to a particular security. (8) There shall be disregarded— (a) an interest in a security of a person whose ordinary business includes the lending of money if he holds the interest only by way of security for the purpose of a transaction entered into in the ordinary course of business in connection with the lending of money; (b) an interest of a person in a security being an interest held by him by reason of his holding a prescribed office; and (c) a prescribed interest in a security being an interest of such person, or of the persons included in such class of persons, as is prescribed. (9) An interest in a security shall not be disregarded by reason only of— (a) its remoteness; (b) the manner in which it arose; or (c) the fact that the exercise of a right conferred by the interest is, or is capable of being made subject to restraint or restriction.

Malay text (authoritative)

Kepentingan dalam sekuriti

(1) Jika apa-apa harta yang dipegang sebagai amanah terdiri daripada atau termasuk sekuriti yang seseorang mengetahui atau ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia mempunyai kepentingan, orang itu hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam sekuriti itu. (2) Sesuatu hak tidak menjadi suatu kepentingan dalam sekuriti jika— (a) hak, yang hak atau kepentingan yang diperihalkan dalam takrif “kepentingan” dalam seksyen 84 Akta Syarikat 1965, telah dikeluarkan atau ditawarkan kepada orang ramai untuk dilanggan atau dibeli; (b) orang ramai telah dipelawa melanggan bagi atau membeli hak itu, dan hak itu telah dilanggan atau dibeli sedemikian; atau (c) hak itu dipegang oleh syarikat pengurusan dan telah dikeluarkan bagi maksud suatu tawaran kepada orang ramai mengikut erti seksyen 84 Akta Syarikat 1965. (3) Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam sekuriti jika suatu pertubuhan perbadanan mempunyai kepentingan dalam suatu sekuriti dan— (a) pertubuhan perbadanan itu, atau pengarahnya sudah biasa, atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan orang itu berhubung dengan sekuriti itu; (b) orang itu mempunyai kepentingan mengawal dalam pertubuhan perbadanan itu; atau (c) orang itu, atau sekutu orang itu atau orang itu dan sekutunya berhak menjalankan atau mengawal penjalanan tidak kurang daripada lima belas peratus daripada undi yang berhubung kait dengan syer undian dalam pertubuhan perbadanan itu. (4) Bagi maksud perenggan (3)(c), seseorang ialah sekutu seorang lain, jika orang yang pertama disebut itu ialah— (a) suatu perbadanan yang, menurut kuasa seksyen 6 Akta Syarikat 1965 disifatkan mempunyai hubungan dengan seorang yang lain itu; (b) seseorang yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuannya seorang yang lain itu sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak berhubung dengan sekuriti yang disebut dalam subseksyen (3); (c) seseorang yang sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan seorang yang lain itu berhubung dengan sekuriti itu; (d) suatu pertubuhan perbadanan yang, atau pengarahnya yang sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan seorang yang lain itu berhubung dengan sekuriti itu; atau (e) suatu pertubuhan perbadanan yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuannya yang, atau mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan pengarahnya yang, seorang lain itu sudah biasa atau berkewajipan, sama ada secara formal atau tidak formal, bertindak berhubung dengan sekuriti itu. (5) Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam sekuriti dalam mana-mana satu atau lebih daripada hal keadaan yang berikut jika dia— (a) telah membuat kontrak untuk membeli sekuriti; (b) mempunyai hak, selain oleh sebab mempunyai kepentingan di bawah suatu amanah, untuk mendapatkan supaya suatu sekuriti dipindahkan kepada dirinya sendiri atau mengikut perintahnya, sama ada hak itu boleh dijalankan pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada dengan memenuhi suatu syarat atau tidak; (c) mempunyai hak atau kuasa untuk memperolehi sekuriti atau kepentingan dalam suatu sekuriti, di bawah suatu opsyen, sama ada hak atau kuasa itu boleh dijalankan pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada dengan memenuhi suatu syarat atau tidak; atau (d) berhak, selain oleh sebab dia telah dilantik sebagai proksi atau wakil untuk mengundi dalam mesyuarat anggota suatu perbadanan atau suatu kelas anggotanya, untuk menjalankan atau mengawal penjalanan suatu hak yang berhubung kait dengan suatu sekuriti, yang bukan suatu sekuriti yang dia sendiri merupakan pemegang berdaftar. (6) Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai suatu kepentingan dalam sekuriti jika sekuriti itu dipegang secara bersesama dengan seorang yang lain. (7) Bagi maksud menentukan sama ada seseorang mempunyai kepentingan dalam suatu sekuriti tidaklah material bahawa kepentingan itu tidak boleh dihubungkan dengan suatu sekuriti tertentu. (8) Tidak boleh diambil kira— (a) suatu kepentingan dalam sekuriti seseorang yang urusan biasanya termasuklah peminjaman wang jika dia memegang kepentingan itu hanya sebagai sekuriti bagi maksud suatu transaksi yang dibuat mengikut penjalanan biasa urusan berkaitan dengan peminjaman wang itu; (b) suatu kepentingan seseorang dalam sekuriti yang merupakan suatu kepentingan yang dipegang olehnya oleh sebab dia memegang suatu jawatan ditetapkan; dan (c) suatu kepentingan ditetapkan dalam sekuriti yang merupakan kepentingan orang itu, atau orang yang termasuk dalam apa-apa kelas orang, sebagaimana yang ditetapkan. (9) Suatu kepentingan dalam sekuriti tidak boleh diambil kira hanya oleh sebab— (a) kejauhan kepentingan itu; (b) cara yang kepentingan itu timbul; atau (c) hakikat bahawa penjalanan suatu hak yang diberikan oleh kepentingan itu adalah tertakluk, atau boleh dijadikan tertakluk kepada sekatan atau batasan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next