My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 30

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 30

s 30 Power to impose charges, etc.

(1) The Minister may from time to time prescribe, either separately or as a consolidated rate, controlled solid waste charges, fees or levy which shall be paid by— (a) the owner; (b) the occupier; (c) the local authority; or (d) any other person, to whom solid waste management services are provided under this Act. (2) The Minister may, by order published in the Gazette, authorize the Corporation or the person with whom an agreement has been entered into under section 4 to demand, collect and retain the controlled solid waste charges, fees or levy prescribed under subsection (1) in respect of solid waste management services provided by the person under the agreement. (3) The Corporation or the person with whom an agreement has been entered into under section 4, may recover from the owner, occupier, local authority or any other person, from whom charges, fees or levy for solid waste management services is due and remains unpaid after the due date, additional charges for late payment at a rate to be prescribed by the Minister. (4) An order made under subsection (2) shall specify— (a) the type and extent of services with respect to which controlled solid waste charges, fees or levy may be demanded, collected and retained; (b) the person authorized to demand, collect and retain the controlled solid waste charges, fees or levy; and (c) the duration of the authorization to demand, collect and retain the controlled solid waste charges, fees or levy. (5) Any person authorized under subsection (2) shall— (a) maintain such accounts, books and records in respect of the payment and collection of controlled solid waste charges, fees or levy and late payment charges as the Director General may require; (b) furnish to the Director General such information, returns and accounts in respect of the payment and collection of controlled solid waste charges, fees or levy and late payment charges as the Director General may require; and (c) permit the Director General or any officer authorized in writing by the Director General— (i) to have access to, examine, inspect or make copies of any document; and (ii) to have access to, examine or inspect any machinery or equipment, maintained or used for the payment or collection of controlled solid waste charges, fees, levy or late payment charges. (6) The authorization of any person under subsection (2) shall not render the Federal Government liable to any person in respect of any injury, damage or loss occasioned by the failure of the person authorized under that subsection to carry out his obligations under the agreement in respect of which controlled solid waste charges, fees or levy are demanded, collected or retained. (7) All moneys due and payable under this section shall be a debt due to the person authorized under subsection (2) and shall be recoverable accordingly from the owner, occupier, local authority or any other person referred to in subsection (1). (8) Any person who fails to comply with subsection (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengenakan caj, dsb.

(1) Menteri boleh dari semasa ke semasa menetapkan, sama ada secara berasingan atau sebagai suatu kadar yang disatukan, caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal yang hendaklah dibayar oleh— (a) pemunya; (b) penghuni; (c) pihak berkuasa tempatan; atau (d) mana-mana orang lain, yang kepadanya perkhidmatan pengurusan sisa pepejal diberikan di bawah Akta ini. (2) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberi kuasa kepada Perbadanan atau orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4 untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh orang itu di bawah perjanjian itu. (3) Perbadanan atau orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4, boleh mendapatkan daripada pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain yang daripadanya caj, fi atau levi bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal kena dibayar dan belum dibayar selepas tarikh genap masa, caj tambahan bagi pembayaran lewat pada kadar yang ditetapkan oleh Menteri. (4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan— (a) jenis dan takat perkhidmatan yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal boleh dituntut, dipungut dan disimpan; (b) orang yang diberi kuasa untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu; dan (c) jangka masa pemberikuasaan itu untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu. (5) Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (2) hendaklah— (a) menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal dan caj pembayaran lewat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah; (b) memberi Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal dan caj pembayaran lewat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah; dan (c) membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah— (i) untuk mendapat akses kepada, meneliti, memeriksa atau membuat salinan apa-apa dokumen; dan (ii) untuk mendapat akses kepada, meneliti atau memeriksa apa-apa jentera atau kelengkapan, yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pemungutan caj, fi, levi atau caj pembayaran lewat sisa pepejal terkawal. (6) Pemberikuasaan kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (2) tidaklah menjadikan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah perjanjian yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu dituntut, dipungut atau disimpan. (7) Segala wang yang genap masa dan kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (2) dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya daripada pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1). (8) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next