My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 46

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 46

s 46 Limitation of jurisdiction

(1) Except as expressly provided under this Act, the Tribunal shall have no jurisdiction in respect of any claim— (a) for the recovery of land, or any estate or interest in land; and (b) in which there is a dispute concerning— (i) the entitlement of any person under a will or settlement, or on intestacy (including partial intestacy); (ii) goodwill; (iii) any chose in action; or (iv) any trade secret or other intellectual property rights. (2) The jurisdiction of the Tribunal shall be limited to a claim that is based on a cause of action arising from— (a) any claim for the recovery of charges, fees or levy of solid waste management services by the licensee or the Corporation; or (b) any disputes arising from any charges, fees or levy imposed for solid waste management services between the licensee or the Corporation and the owner, occupier, local authority or solid waste generator, which is brought by the interested person within three years of the claim or dispute. (3) Nothing in this section shall be deemed to authorize the Tribunal to deal with a claim arising from personal injury or death. (4) For the purposes of subsection (1), “land” does not include fixtures.

Malay text (authoritative)

Batas bidang kuasa

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata di bawah Akta ini, Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan— (a) bagi mendapatkan tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; dan (b) yang mengandungi pertikaian berkenaan dengan— (i) hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat atau penyelesaian, atau disebabkan kematian tidak berwasiat (termasuk kematian tidak berwasiat separa); (ii) nama baik; (iii) apa-apa hak dalam tindakan; atau (iv) apa-apa rahsia perdagangan atau hak harta intelek lain. (2) Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang berbangkit daripada— (a) apa-apa tuntutan bagi mendapatkan caj, fi atau levi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal oleh pemegang lesen atau Perbadanan; atau (b) apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada apa-apa caj, fi atau levi yang dikenakan bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal antara pemegang lesen atau Perbadanan dengan pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatan atau penghasil sisa pepejal; yang dibawa oleh orang yang berkepentingan dalam masa tiga tahun dari tuntutan atau pertikaian itu. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan Tribunal mendengar suatu tuntutan yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian. (4) Bagi maksud subseksyen (1), “tanah” tidaklah termasuk lekapan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next