In this Act, unless the context otherwise requires—
“pathologist” means a registered medical practitioner who possesses the qualifications, training and experience in the discipline of pathology as approved by the Director General;
“prescribed” means prescribed by the Minister by order or regulations made under this Act;
“Pathology Laboratory Advisory Committee” means a Pathology Laboratory Advisory Committee established under subsection 46(1);
“medical laboratory technologist” means any person who holds a qualification in medical laboratory technology as approved by the Director General;
“class and speciality” means the classification or categorization of the pathology laboratory into the different level of services according to the class or speciality of the pathology laboratory;
“approval” means an approval to establish or maintain a pathology laboratory granted under paragraph 8(a);
“Director General” means the Director General of Health, Malaysia;
“private dental clinic” means a private dental clinic registered under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586];
“private medical clinic” means a private medical clinic registered under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998;
“licence” means a licence to operate or provide a pathology laboratory granted under paragraph 16(a);
“pathology laboratory” means any premises in which pathology services are provided;
“licensed pathology laboratory” means a pathology laboratory in respect of which a licence is in force;
“approved pathology laboratory” means a pathology laboratory in respect of which an approval is in force;
“person in charge” means a person appointed under section 25;
“scientific officer” means any person who holds a qualification in science and having the experience in pathology laboratory as approved by the Director General;
“authorized officer” means any pathologist, scientific officer, medical laboratory technologist or any other person authorized by the Director General under section 52;
“holder of an approval” means a person to whom an approval is granted under this Act;
“licensee” means a person to whom a licence is granted under this Act;
“registered dental practitioner” means any person who is registered as such under the Dental Act 1971 [Act 51] and who holds a valid practising certificate;
“registered medical practitioner” means any person who is registered as such under the Medical Act 1971 [Act 50] and who holds a valid practising certificate;
“pathology services” means any services in the analysis and examination of samples of human tissue or fluid or any other product of the human body or for assessing any change in the physiological state of human beings for the purposes of preventing, diagnosing or treating diseases in human beings;
“body corporate” means a body incorporated under the *Companies Act 1965 [Act 125] or a statutory body under the relevant statute;
“premises” means any place, building or vehicle, whether permanent or temporary;
“healthcare professional” has the meaning assigned to it in the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998;
“record” includes slides, blocks, documents or data in respect of the operation of the pathology laboratory.
*NOTE—This Act is not yet in force. *NOTE—Companies Act 1965 [Act 125] was repealed by Companies Act 2016 [Act 777]—w.e.f. 31 January 2017.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli patologi” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman dalam disiplin patologi sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
*CATATAN—Akta ini masih belum berkuat kuasa.
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi” ertinya Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi yang ditubuhkan di bawah subseksyen 46(1);
“juruteknologi makmal perubatan” ertinya mana-mana orang yang memegang kelayakan dalam teknologi makmal perubatan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
“kelas dan kekhususan” ertinya klasifikasi atau penjenisan makmal patologi ke dalam tahap perkhidmatan yang berlainan menurut kelas atau kekhususan makmal patologi itu;
“kelulusan” ertinya kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggara makmal patologi yang diberikan di bawah perenggan 8(a);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“klinik pergigian swasta” ertinya klinik pergigian swasta yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
“klinik perubatan swasta” ertinya klinik perubatan swasta yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;
“lesen” ertinya lesen untuk mengendalikan atau menyediakan makmal patologi yang diberikan di bawah perenggan 16(a);
“makmal patologi” ertinya apa-apa premis yang di dalamnya perkhidmatan patologi adalah disediakan;
“makmal patologi berlesen” ertinya suatu makmal patologi yang berkenaan dengannya suatu lesen sedang berkuat kuasa;
“makmal patologi yang diluluskan” ertinya suatu makmal patologi yang berkenaan dengannya suatu kelulusan sedang berkuat kuasa;
“orang yang bertanggungjawab” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 25;
“pegawai sains” ertinya mana-mana orang yang memegang kelayakan dalam sains dan mempunyai pengalaman dalam makmal patologi sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana ahli patologi, pegawai sains, juruteknologi makmal perubatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 52;
“pemegang kelulusan” ertinya seseorang yang kepadanya suatu kelulusan diberikan di bawah Akta ini;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang kepadanya suatu lesen diberikan di bawah Akta ini;
“pengamal pergigian berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Pergigian 1971 [Akta 51] dan yang memegang sijil amalan yang sah;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] dan yang memegang sijil amalan yang sah;
“perkhidmatan patologi” ertinya apa-apa perkhidmatan dalam penganalisisan dan pemeriksaan sampel tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil lain badan manusia atau untuk menilai apaapa perubahan dalam keadaan fisiologi manusia bagi maksud mencegah, mendiagnosis atau merawat penyakit dalam manusia;
“pertubuhan perbadanan” ertinya pertubuhan yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau badan berkanun di bawah statut yang berkaitan;
“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara;
“profesional jagaan kesihatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;
“rekod” termasuklah slaid, blok, dokumen atau data yang berkenaan dengan pengendalian makmal patologi. *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]— m.b.p. 31 Januari 2017.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).