My bookmarksSign up free
← Pathology Laboratory Act 2007

Pathology Laboratory Act 2007 s 5

Pathology Laboratory Act 2007 s 5

s 5 Application for approval

(1) An application for an approval to establish or maintain a pathology laboratory shall be made to the Director General— (a) in the prescribed form and manner; (b) accompanied by the prescribed fees; and (c) by submitting together with the application— (i) a comprehensive plan for the establishment or maintenance of the proposed pathology laboratory including the site plan, building layout plan, design, construction material and any other prescribed requirement; (ii) the proposed class and speciality to be provided; (iii) the proposed arrangements for manpower recruitment including arrangements for manpower training; (iv) the proposed laboratory equipment for the class and speciality to be provided; (v) if the applicant is a body corporate or partnership, a copy of its constituent document, duly verified by a statutory declaration made by an authorized officer of the applicant; and (vi) such other information, particulars or documents as may be specified by the Director General for the purpose of determining the application and the suitability of the applicant. (2) At any time after receiving the application, the Director General may by a written notice require the applicant to provide any additional information, particulars or documents. (3) Where any additional information, particulars or documents required under subsection (2) is not provided by the applicant within the period specified in the notice or any extension of time as may be granted by the Director General, the application shall be deemed to be withdrawn and shall not be further proceeded with, without prejudice to a fresh application being made by the applicant. (4) An application for an approval may be withdrawn by a written notice to the Director General at any time before the application is granted or refused.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi kelulusan

(1) Suatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggara suatu makmal patologi hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah— (a) dalam bentuk borang dan mengikut cara yang ditetapkan; (b) disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan (c) dengan mengemukakan bersama-sama dengan permohonan itu— (i) suatu pelan yang menyeluruh bagi penubuhan atau penyenggaraan makmal patologi yang dicadangkan termasuk pelan tapak, pelan susun atur bangunan, reka bentuk, bahan binaan dan apa-apa kehendak lain yang ditetapkan; (ii) kelas dan kekhususan yang dicadangkan yang akan disediakan; (iii) perkiraan yang dicadangkan bagi pengambilan tenaga manusia termasuk perkiraan bagi latihan tenaga manusia; (iv) peralatan makmal yang dicadangkan bagi kelas dan kekhususan yang akan disediakan; (v) jika pemohon ialah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian, suatu salinan dokumen konstituennya, yang ditentusahkan dengan sewajarnya oleh suatu perakuan berkanun yang dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa pemohon itu; dan (vi) apa-apa maklumat, butiran atau dokumen lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon itu. (2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu, Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan. (3) Jika apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa pelanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon. (4) Suatu permohonan bagi suatu kelulusan boleh ditarik balik melalui notis bertulis kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 674 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next