My bookmarksSign up free
← Pathology Laboratory Act 2007

Pathology Laboratory Act 2007 s 61

Pathology Laboratory Act 2007 s 61

s 61 Examination of person acquainted with case

(1) An authorized officer making an investigation under this Act may examine orally or in writing any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case. (2) The person shall be legally bound to answer all questions relating to such case put to him by the authorized officer, but such person may refuse to answer any questions the answer to which would have a tendency to expose him to criminal charge, penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to tell the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in an answer to questions. (4) An authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by any person under this section, whether or not caution has been administered to him under subsection (2) shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb-print, as the case may be— (a) after it has been read to him in the language in which he made it; and (b) after he has been given an opportunity to make any correction he may wish.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan atau secara bertulis mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang disoal kepadanya oleh pegawai yang diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberitahu yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam sesuatu jawapan kepada soalan. (4) Pegawai yang diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu orang itu terlebih dahulu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini, sama ada atau tidak amaran telah diberikan kepadanya di bawah subseksyen (2) hendaklah, bila mana mungkin, dijadikan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) selepas pernyataan dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan (b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 674 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next