(1) Except as provided in this section, no statement made by any person to an authorized officer in the course of an investigation made under this Act shall be used in evidence.
(2) When any witness is called for the prosecution or for the defence, other than the accused, the court shall, on the request of the accused or the prosecutor, refer to any statement made by the witness to an authorized officer in the course of an investigation under this Act and may then, if the court thinks fit in the interest
of justice, direct the accused to be furnished with a copy of it and the statement may be used to impeach the credit of the witness in the manner provided by the Evidence Act 1950.
(3) Where the accused had made a statement during the course of an investigation, such statement may be admitted in evidence in support of his defence during the course of the trial.
(4) Nothing in this section shall be deemed to apply to any statement made in the course of an identification parade or falling within section 27 or paragraphs 32(1)(a), (i) and (j) of the Evidence Act 1950.
(5) When any person is charged with any offence in relation to—
(a) the making; or
(b) the contents,
of any statement made by him to an authorized officer in the course of an investigation made under this Act, the statement may be used as evidence in the prosecution’s case.
Malay text (authoritative)
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada pegawai yang diberi kuasa semasa penyiasatan dijalankan di bawah Bahagian ini boleh digunakan sebagai keterangan.
(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil oleh pendakwaaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai yang diberi kuasa semasa suatu penyiasatan dijalankan di bawah Bahagian ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950.
(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penyiasatan dijalankan, pernyataan itu boleh diterima dalam keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan dijalankan.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai kepada mana-mana pernyataan yang dibuat semasa perbarisan cam atau yang terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.
(5) Apabila mana-mana orang didakwa dengan mana-mana kesalahan berhubung dengan—
(a) pembuatan; atau
(b) kandungan,
apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada pegawai yang diberi kuasa semasa penyiasatan dijalankan di bawah Bahagian ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).