My bookmarksSign up free
← Pathology Laboratory Act 2007

Pathology Laboratory Act 2007 s 81

Pathology Laboratory Act 2007 s 81

s 81 Disclosure of confidential information

(1) Any person who makes use of or discloses to any other person any confidential information obtained by virtue of the provisions of this Act commits an offence. (2) Nothing in subsection (1) shall operate to prevent the disclosure of information where the disclosure is made— (a) for or in connection with the due administration of this Act; (b) for the purpose of any legal proceedings; (c) for the purpose of any investigation conducted under this Act; (d) in connection with any matter relating to professional disciplinary proceedings; (e) to a body established under any law regulating a healthcare professional; (f) to any counsel who is approved in writing by the client of the licensed pathology laboratory, requesting for the information which relates to any pathology services provided to that person; (g) to any person or any officer who is approved in writing by the Minister as a proper person to receive the information; or (h) for or in connection with the preparation by the Government of relevant health statistics or health registries in respect of the operation of this Act. (3) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years, or to both.

Malay text (authoritative)

Pendedahan maklumat sulit

(1) Mana-mana orang yang menggunakan atau mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat sulit yang diperoleh menurut kuasa peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dilakukan untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat— (a) bagi atau berkaitan dengan pentadbiran sewajarnya Akta ini; (b) bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang; (c) bagi maksud mana-mana penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini; (d) berkaitan dengan apa-apa jua perkara yang berhubungan dengan prosiding disiplin profesional; (e) kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia profesional jagaan kesihatan; (f) kepada mana-mana peguam yang diluluskan secara bertulis oleh pelanggan makmal patologi berlesen, yang meminta maklumat berhubung dengan mana-mana perkhidmatan makmal patologi yang disediakan kepada orang itu; (g) kepada mana-mana orang atau mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai seorang yang sesuai untuk menerima maklumat itu; atau (h) bagi atau berhubung dengan persediaan oleh Kerajaan bagi statistik kesihatan atau daftar kesihatan berkenaan dengan penguatkuasaan Akta ini. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part XIII →

Find Act 674 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next