Evidence of Child Witness Act 2007 s 6
s 6 Video recording of a child witness
(1) Where a video recording of a child witness is given in evidence, such video recording shall be admitted as evidence of examination-in-chief of the child witness:
Provided that the contents of the video recording shall be subject to the Evidence Act 1950 [Act 56].
(2) A video recording under subsection (1) shall not be admitted unless—
(a) accompanied by a transcript of the original language used in the video recording; and
(b) accompanied by a translation of the transcript, if the language used in the video recording is other than the national language.
(3) A certificate by a person who did the video recording pursuant to subsection (1) shall, until the contrary is proven, be admitted as a prima facie evidence of the authenticity of the content of the video recording.
(4) Where a video recording is admitted under this section, the child witness shall be called to be further examined-in-chief by the party who tendered the video recording in evidence on any matter which, in the opinion of such party, has not been dealt with adequately in the child witnesses recorded testimony.
(5) Notwithstanding any provision of this Act, where a child witness is called to be further examined-in-chief under subsection (4), he may give evidence by means of having a screen between him and the accused or child charged with any offence or by means of a live link.
(6) Where a video recording is given in evidence under this section, any statement made by the child witness which is disclosed in the recording shall be treated as if given by that child witness in direct oral evidence.
(7) In the case of a child witness who has been sworn, the Court shall admit the statement made by the child witness in the video recording as sworn evidence.
(8) In the case of evidence of a child witness of tender years, the Court, when considering the statement in the video recording as evidence shall assess and form an opinion as to whether the child witness possesses sufficient intelligence and understands the duty of speaking the truth, though not given upon oath.
Malay text (authoritative)
Rakaman video saksi kanak-kanak
(1) Jika suatu rakaman video saksi kanak-kanak diberikan dalam keterangan, rakaman video itu hendaklah diterima sebagai keterangan pemeriksaan utama saksi kanak-kanak itu:
Dengan syarat bahawa kandungan rakaman video itu hendaklah tertakluk kepada Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
(2) Suatu rakaman video di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima melainkan jika—
(a) disertakan dengan suatu transkrip bahasa asal yang digunakan dalam rakaman video itu; dan
(b) disertakan dengan suatu terjemahan transkrip itu, jika bahasa yang digunakan dalam rakaman video itu adalah selain bahasa kebangsaan.
(3) Suatu perakuan oleh seseorang yang membuat rakaman video menurut subseksyen (1) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima sebagai keterangan prima facie tentang ketulenan kandungan rakaman video itu.
(4) Jika suatu rakaman video itu diterima di bawah seksyen ini, saksi kanak-kanak itu hendaklah dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya oleh pihak yang mengemukakan rakaman video itu dalam keterangan atas apa-apa perkara yang, pada pendapat pihak itu, telah tidak diperkatakan dengan secukupnya dalam testimoni saksi kanak-kanak yang direkodkan itu.
(5) Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika saksi kanak-kanak itu dipanggil untuk diperiksa utama selanjutnya di bawah subseksyen (4), dia boleh memberi keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara lansung.
(6) Jika suatu rakaman video diberikan dalam keterangan di bawah seksyen ini, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak itu yang didedahkan dalam rakaman itu hendaklah disifatkan seolah-olah diberikan oleh saksi kanak-kanak itu dalam keterangan lisan terus.
(7) Dalam hal saksi kanak-kanak yang telah mengangkat sumpah, Mahkamah hendaklah menerima pernyataan yang dibuat oleh saksi kanak-kanak dalam rakaman video itu sebagai keterangan bersumpah.
(8) Dalam hal keterangan saksi kanak-kanak yang masih mentah, Mahkamah, apabila menimbangkan pernyataan dalam rakaman video sebagai keterangan hendaklah menilai dan membuat suatu pendapat sama ada saksi kanak-kanak itu memiliki akal yang cukup dan faham tentang kewajipan bercakap benar, walaupun dengan tidak mengangkat sumpah.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 676 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).