My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 30

Biosafety Act 2007 s 30

s 30 Board to make appropriate order on notification

(1) At any time after receiving the recommendations of the Advisory Committee and the comments of the relevant agency referred to in section 28, the Board may request for additional information, particulars or documents through the Director General. (2) Where any approved person fails to provide any additional information, particulars or documents required under subsection (1), the acknowledgement issued to him or it under section 25 shall be deemed to have been withdrawn without prejudice to the submission of a fresh notification. (3) Upon having considered the recommendations of the Advisory Committee under subsection 29(4), the Board may make no order, issue a cessation order, impose such terms and conditions, order the approved person to make rectifications or make any other order as the Board thinks fit in the interest of biosafety. (4) The Board shall make its decision under subsection 30(3) within ninety days from the date of receipt of the notification and communicate its decision in writing to the approved person. (5) Where the Board issues a cessation order, the approved person shall cease all activities involving living modified organisms immediately and shall, within seven days from the date of the notification of the cessation order, surrender the acknowledgement of receipt of a notification issued to him or it under section 25 to the Board. (6) Any approved person who contravenes any order made by the Board under subsection (3) or contravenes subsection (5) commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding four years or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Lembaga hendaklah membuat perintah yang sesuai tentang pemberitahuan

(1) Pada bila-bila masa selepas menerima syor Jawatankuasa Penasihat dan ulasan agensi yang berkaitan yang disebut dalam seksyen 28, Lembaga boleh meminta maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan melalui Ketua Pengarah. (2) Jika mana-mana orang yang diluluskan gagal untuk memberikan apa-apa maklumat, butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), pengakuterimaan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan pemberitahuan yang baru dikemukakan. (3) Apabila mempertimbangkan syor Jawatankuasa Penasihat di bawah subseksyen 29(4), Lembaga boleh tidak membuat perintah, mengeluarkan perintah pemberhentian, mengenakan apa-apa terma dan syarat, memerintahkan orang yang diluluskan itu supaya membuat pembetulan atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan. (4) Lembaga hendaklah membuat keputusannya di bawah subseksyen 30(3) dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu dan memberitahu keputusannya secara bertulis kepada orang yang diluluskan. (5) Jika Lembaga mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, orang yang diluluskan hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan penerimaan pemberitahuan yang dikeluarkan kepadanya atau pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 25 kepada Lembaga. (6) Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar manamana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (3) atau melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,— (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next