My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 36

Biosafety Act 2007 s 36

s 36 Risk assessment and risk management reports

(1) The risk assessment and risk management reports shall be in a form prescribed by the Minister and shall contain— (a) an assessment of the risk and adverse effect that such living modified organisms and products of such organisms will have or are likely to have on the human, plant and animal health, the environment and biological diversity; and (b) the proposed measures that shall be undertaken to prevent, reduce or control the risks and adverse effect that such living modified organisms and products of such organisms will have or are likely to have on human, plant and animal health, the environment and biological diversity. (2) Notwithstanding any risk assessment and risk management reports submitted by an approved person, the approved person shall comply with the minimum risk management measures as may be determined by the Board, after consultation with the Advisory Committee. (3) Upon obtaining an approval or an acknowledgement from the Board, the approved person shall, in the course of undertaking the release, import or contained use activity relating to the approval or acknowledgement, as the case may be,— (a) incorporate into the design, construction and operation, whichever is applicable, of the release, import or contained use activity the proposed measures in the risk management reports of the approved person; and (b) carry out and comply with, to the satisfaction of the Board, the minimum risk management measures referred to in subsection (2). (4) Any approved person who contravenes subsection (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko

(1) Laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko hendaklah mengikut bentuk yang ditetapkan oleh Menteri dan hendaklah mengandungi— (a) suatu penilaian risiko dan kesan buruk yang organisma diubah suai yang hidup itu dan hasilan organisma sedemikian yang akan ada atau berkemungkinan ada ke atas kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi; dan (b) langkah-langkah yang dicadangkan yang hendaklah diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal risiko dan kesan buruk yang organisma diubah suai yang hidup itu dan hasilan organisma sedemikian yang akan ada atau berkemungkinan ada ke atas kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi. (2) Walau apa pun apa-apa laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko yang dikemukakan oleh seseorang orang yang diluluskan, orang yang diluluskan itu hendaklah mematuhi langkahlangkah pengurusan risiko yang minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Jawatankuasa Penasihat. (3) Apabila kelulusan atau pengakuterimaan didapati daripada Lembaga, orang yang diluluskan itu hendaklah, dalam menjalankan aktiviti pelepasan, pengimportan atau kegunaan terkawal yang berhubungan dengan kelulusan atau pengakuterimaan, mengikut mana-mana yang berkenaan,— (a) memasukkan ke dalam reka bentuk, pembinaan dan operasi, mengikut mana-mana yang terpakai, aktiviti pelepasan, import atau kegunaan terkawal langkahlangkah yang dicadangkan dalam laporan pengurusan risiko orang yang diluluskan itu; dan (b) menjalankan dan mematuhi, dengan memuaskan hati Lembaga, langkah-langkah pengurusan risiko yang minimum yang disebut dalam subseksyen (2). (4) Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,— (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (c) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next