My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 37

Biosafety Act 2007 s 37

s 37 Emergency response plan

(1) An emergency response plan shall provide— (a) safety measures and procedures for the protection of human, plant and animal health, the environment and biological diversity against harm or damage caused directly or indirectly by living modified organisms or products of such organisms; and (b) all necessary measures to be taken in the event of an emergency. (2) Any approved person who fails to take the necessary measures in an emergency according to the emergency response plan commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Pelan gerak balas kecemasan

(1) Suatu pelan gerak balas kecemasan hendaklah menyediakan— (a) langkah-langkah dan tatacara keselamatan bagi perlindungan kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi terhadap kecederaan atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian; dan (b) segala langkah perlu yang hendaklah diambil sekiranya berlaku kecemasan. (2) Mana-mana orang yang diluluskan yang gagal mengambil langkah-langkah perlu dalam sesuatu kecemasan mengikut pelan gerak balas kecemasan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,— (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next