Biosafety Act 2007 s 39
s 39 Power of investigation
(1) An enforcement officer shall have all the powers necessary to carry out an investigation under this Act or any regulations made under this Act.
(2) An enforcement officer shall, on demand, declare his office, and produce to the person against whom he is acting or from whom he seeks any information, such authority card as the Board may direct to be carried by such officer.
(3) In any case relating to the commission of an offence under this Act or any regulations made under this Act, any enforcement officer carrying out an investigation may exercise all or any of the special powers in relation to police investigation in seizable cases given by the Criminal Procedure Code [Act 593].
(4) This section shall not be construed as limiting or affecting any similar powers conferred on any person under any other written law.
Malay text (authoritative)
Kuasa penyiasatan
(1) Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2) Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga supaya dibawa oleh pegawai itu.
(3) Dalam mana-mana kes yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana pegawai penguat kuasa yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(4) Seksyen ini tidak boleh dianggap sebagai mengehadkan atau menyentuh mana-mana kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Read this section in the full act → · Open Part VI →
Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).