My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 53

Biosafety Act 2007 s 53

s 53 Power to take sample

(1) An enforcement officer may demand, select, take or obtain samples of any organism or product suspected of being or containing living modified organisms or products of such organisms for the purposes of analysis— (a) upon payment, from any person selling such organism or product, or his or its agent or servant; or (b) without payment, from any manufacturer or importer of such organism or product or his or its agent or servant. (2) The samples demanded, selected, taken or obtained under subsection (1) shall be accepted in any court. (3) Any person who refuses to comply with any demand made by an enforcement officer under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable— (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk mengambil sampel

(1) Seseorang pegawai penguat kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan atau mengandungi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian bagi maksud analisis— (a) apabila dibayar, daripada mana-mana orang yang menjual organisma atau hasilan sedemikian, atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu; atau (b) tanpa bayaran, daripada mana-mana pengilang atau pengimport organisma atau hasilan sedemikian atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu. (2) Sampel yang diminta, dipilih, diambil atau didapatkan di bawah subseksyen (1) hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah. (3) Mana-mana orang yang enggan mematuhi mana-mana permintaan yang dibuat oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,— (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next