My bookmarksSign up free
← Malaysian Qualifications Agency Act 2007

Malaysian Qualifications Agency Act 2007 s 56

Malaysian Qualifications Agency Act 2007 s 56

s 56 Application for accreditation

(1) An application by a higher education provider for the accreditation of a foreign programme or qualification, foreign qualification offered by distance learning and joint and collaborative qualifications, other than a programme or qualification under Chapters 2 and 5, shall be made to the Agency within the specified period in the certificate of provisional accreditation in such form and manner as may be prescribed. (2) Every application shall be accompanied by such documents, information and fees as may be prescribed. (3) The form, manner, documents and fees required under subsections (1) and (2) may differ as between different programmes or qualifications. (4) At any time after receiving an application for accreditation and before it is determined, the Agency may by written notice require the higher education provider to provide additional documents and information within a specified period. (5) Where the additional documents and information required under subsection (4) are not provided by the higher education provider within the specified period or any such extended period as may be allowed by the Agency, the application shall be deemed to be withdrawn and shall not be further proceeded with, without prejudice to the right of the higher education provider to submit a fresh application.

Malay text (authoritative)

Permohonan bagi akreditasi

(1) Sesuatu permohonan oleh pemberi pendidikan tinggi bagi akreditasi sesuatu program atau kelayakan luar negeri, kelayakan luar negeri yang ditawarkan melalui pembelajaran jarak jauh dan kelayakan bersama dan usaha sama, selain program atau kelayakan di bawah Bab 2 dan 5, hendaklah dibuat kepada Agensi dalam masa yang dinyatakan dalam perakuan akreditasi sementara mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen, maklumat dan fi yang ditetapkan. (3) Bentuk, cara, dokumen dan fi yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara program dan kelayakan yang berlainan. (4) Pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan bagi akreditasi dan sebelum memutuskannya, Agensi boleh melalui notis bertulis menghendaki pemberi pendidikan tinggi untuk memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. (5) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemberi pendidikan tinggi dalam tempoh yang ditetapkan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemberi pendidikan tinggi itu untuk mengemukakan permohonan baru.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 3 β†’

Find Act 679 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next