My bookmarksSign up free
← Persons with Disabilities Act 2008

Persons with Disabilities Act 2008 s 11

Persons with Disabilities Act 2008 s 11

s 11 Establishment of committees

(1) The Council may establish such committees as it deems necessary or expedient to assist it in the performance of its functions and the exercise of its powers under this Act. (2) A committee established under subsection (1)— (a) shall be chaired by any member of the Council specified under paragraphs 3(2)(b) to (i); (b) shall conform to and act in accordance with any direction given to it by the Council; and (c) may determine its own procedure. (3) Members of the committees established under subsection (1) may be appointed from amongst members of the Council or such other persons as the Council thinks fit. (4) Except for members of the committee appointed from amongst members of the Council, any other persons appointed as members of the committees may be paid such allowance as the Minister may determine. (5) A member of a committee shall hold office for such a term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment. (6) The Council may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason for the revocation. Act 685 BI 15 1/25/08 8:56:48 AM (7) A member of a committee may, at any time, resign by giving notice in writing to the chairman of the committee. (8) The Council may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee. (9) A committee shall hold its meetings at such times and places as the chairman of the committee may determine. (10) A committee may invite any person to attend any meeting of the committee for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting. (11) Any person invited under subsection (10) may be paid such allowance as the Minister may determine.

Malay text (authoritative)

Penubuhan jawatankuasa

(1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah Akta ini. Akta 685 BM 15 1/22/08 11:46:18 AM (2) Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota Majlis yang dinyatakan di bawah perenggan 3(2)(b) hingga (i); (b) hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan (c) boleh menentukan tatacaranya sendiri. (3) Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis. (4) Kecuali anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (5) Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula. (6) Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (7) Anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa. (8) Majlis boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (9) Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa. (10) Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (11) Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Akta 685 BM 16 1/22/08 11:46:18 AM

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 685 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next