My bookmarksSign up free
← Persons with Disabilities Act 2008

Persons with Disabilities Act 2008 s 33

Persons with Disabilities Act 2008 s 33

s 33 Habilitation and rehabilitation

(1) The Council, the private healthcare service provider and non-governmental organization shall take effective and appropriate measures to enable persons with disabilities to attain and maintain maximum independence, full physical, mental, social and vocational ability and full inclusion and participation in all aspects of life. Act 685 BI 26 1/25/08 8:56:49 AM (2) For the purposes of subsection (1), the Council, the private healthcare service provider and non-governmental organization shall organize, strengthen and extend comprehensive habilitation and rehabilitation services and programmes, particularly in the areas of health, employment, education and social services, in such a way that these services and programmes begin at the earliest possible stage and are based on the multidisciplinary assessment of individual needs and strengths. (3) The Council, the private healthcare service provider and non-governmental organization shall promote the availability, knowledge, and use of assistive devices and technologies designed for persons with disabilities as they relate to habilitation and rehabilitation. (4) The Council, the private sector and non-governmental organization shall take appropriate measures to promote and strengthen community-based rehabilitation programme to provide early intervention, rehabilitation and training for persons with disabilities in their own community through active community participation.

Malay text (authoritative)

Habilitasi dan rehabilitasi

(1) Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menganjurkan, mengukuhkan dan memperluas perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan sosial mengikut sedemikian cara yang perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu. (3) Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah menggalakkan pengadaan, pengetahuan dan penggunaan alat bantu dan teknologi yang direka bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan habilitasi dan rehabilitasi. (4) Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 685 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next