(1) Except as otherwise provided under any other written law, no person other than a registered professional geologist, a registered foreign geologist or a registered practitioner who is residing and practising in Malaysia shall be entitled to prepare and submit to any person or authority in Malaysia geological reports or studies relating to geological services in any of the fields of geology specified in the Second Schedule.
(2) The right of a registered professional geologist, a registered foreign geologist or a registered practitioner to prepare and submit geological reports or studies to any person or authority in Malaysia shall be subjected to any conditions or restrictions as may be imposed by the Board under this Act.
(3) Any person who contravenes subsection (1) or (2) commits an offence.
(4) Nothing in this section shall prevent any geologist in the public services or in the service of any local authority or statutory authority from submitting geological reports or studies to any person or authority in Malaysia.
(5) The Minister may amend the provisions of the Second Schedule by order published in the Gazette.
(6) Nothing in this Act shall be construed to mean that geological services are necessary for the practice of engineering for any purpose unless specifically requested by a professional engineer.
Malay text (authoritative)
Pengemukaan laporan atau kajian geologi
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar atau pengamal berdaftar yang bermastautin dan mengamal di Malaysia berhak menyediakan dan mengemukakan kepada manamana orang atau pihak berkuasa di Malaysia laporan atau kajian geologi berhubung dengan perkhidmatan geologi dalam apa-apa bidang geologi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2) Hak seseorang ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar atau pengamal berdaftar untuk menyediakan dan mengemukakan laporan atau kajian geologi kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana ahli geologi dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun daripada mengemukakan laporan atau kajian geologi kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia.
(5) Menteri boleh meminda peruntukan dalam Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(6) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai bererti bahawa perkhidmatan geologi adalah perlu bagi amalan kejuruteraan bagi apa-apa maksud melainkan jika diminta secara khusus oleh seseorang jurutera profesional.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).