My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 19

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 19

s 19 Acceptor or giver of gratification to be guilty notwithstanding that purpose was not carried out or matter not in relation to principal’s affairs or business

(1) Where in any proceedings against any agent for any offence under paragraph 17(a) it is proved that he corruptly solicited, accepted, obtained or agreed to accept or attempted to obtain any gratification having reason to believe or suspect that the gratification was solicited or offered as an inducement or a reward for his doing or forbearing to do any act or for showing or forbearing to show any favour or disfavour to any person in relation to his principal’s affairs or business, he commits an offence under that paragraph notwithstanding that— (a) he did not have the power, right or opportunity so to do, show or forbear; (b) he accepted the gratification without intending so to do, show or forbear; (c) he did not in fact so do, show or forbear; or (d) the act, favour or disfavour was not in relation to his principal’s affairs or business. (2) Where in any proceedings against any person for any offence under paragraph 17(b) it is proved that he corruptly gave, agreed to give or offered any gratification to any agent as an inducement or a reward for doing or forbearing to do any act or for showing or forbearing to show any favour or disfavour to any person having reason to believe or suspect that the agent had the power, right or opportunity so to do, show or forbear and that the act, favour or disfavour was in relation to his principal’s affairs or business, he commits an offence under that paragraph notwithstanding that the agent had no power, right or opportunity or that the act, favour or disfavour was not in relation to his principal’s affairs or business.

Malay text (authoritative)

Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal

(1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana ejen bagi apa-apa kesalahan di bawah perenggan 17(a) adalah dibuktikan bahawa dia telah secara rasuah meminta, menyetuju terima, memperoleh atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan sedangkan dia ada sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa suapan itu telah diminta atau ditawarkan sebagai suatu dorongan atau upah supaya dia melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau supaya dia memberikan atau tidak memberikan apa-apa sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, ejen itu melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan itu walaupun— (a) dia tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian; (b) dia telah menerima suapan itu tanpa niat untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk tidak memberikan yang sedemikian; (c) dia telah tidak sebenarnya berbuat demikian, memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang sedemikian; atau (d) perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya. (2) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah perenggan 17(b) adalah dibuktikan bahawa dia telah secara rasuah memberikan, bersetuju untuk memberikan, atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau bagi memberikan atau tidak memberikan apa-apa sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang kerana dia ada sebab untuk mempercayai atau mengesyaki bahawa ejen itu mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian atau untuk memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang sedemikian dan bahawa perbuatan, sokongan atau tentangan itu adalah berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, dia melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan itu walaupun ejen itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang atau bahawa perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next