My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 23

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 23

s 23 Offence of using office or position for gratification

(1) Any officer of a public body who uses his office or position for any gratification, whether for himself, his relative or associate, commits an offence. (2) For the purposes of subsection (1), an officer of a public body shall be presumed, until the contrary is proved, to use his office or position for any gratification, whether for himself, his relative or associate, when he makes any decision, or takes any action, in relation to any matter in which such officer, or any relative or associate of his, has an interest, whether directly or indirectly. (3) For the avoidance of doubt, it is declared that, for the purposes of subsection (1), any member of the administration of a State shall be deemed to use his office or position for gratification when he acts contrary to subsection 2(8) of the Eighth Schedule to the Federal Constitution or the equivalent provision in the Constitution or Laws of the Constitution of that State. (4) This section shall not apply to an officer who holds office in a public body as a representative of another public body which has the control or partial control over the first-mentioned public body in respect of any matter or thing done in his capacity as such representative for the interest or advantage of that other public body.

Malay text (authoritative)

Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

(1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan. (2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan, telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, apabila dia membuat apa-apa keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan dengan apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau mana-mana saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. (3) Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa, bagi maksud subseksyen (1), mana-mana anggota pentadbiran sesuatu Negeri hendaklah disifatkan telah menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk suapan jika dia bertindak bertentangan dengan subseksyen 2(8) Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri itu. (4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang memegang jawatan dalam sesuatu badan awam sebagai wakil suatu badan awam lain yang mempunyai kawalan atau kawalan separa atas badan awam yang mula-mula disebut itu berkenaan dengan apa-apa perkara atau benda yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil sedemikian bagi kepentingan atau faedah badan awam yang satu lagi itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next