My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 34

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 34

s 34 Further provisions relating to seizure of movable property

(1) Where any movable property is seized under this Act, the seizure shall be effected by removing the movable property from the possession, custody or control of the person from whom it is seized and placing it under the custody of such person or authority and at such place as an officer of the Commission of the rank of Assistant Superintendent or above may determine. (2) Where it is not practicable, or it is otherwise not desirable, to effect removal of any property under subsection (1), the officer referred to in that subsection may leave it at the premises in which it is seized under the custody of such person as he may detail for the purpose. (3) Notwithstanding subsection (1), when any movable property, including any movable property referred to in subsection (6), has been seized under this Act, an officer of the Commission of the rank of Superintendent or above, other than the officer who effected the seizure, may at his discretionβ€” (a) temporarily return the movable property to the owner thereof, or to the person from whose possession, custody or control it was seized, or to such person as may be entitled thereto, subject to such terms and conditions as may be imposed, and, subject, in any case, to sufficient security being furnished to ensure that the movable property shall be surrendered on the demand being made by the officer who authorized the release and that such terms and conditions, if any, shall be complied with; or (b) return the movable property to the owner thereof, or to the person from whose possession, custody or control it was seized, or to such person as may be entitled thereto, with liberty for the person to whom the movable property is so returned to dispose of the property, such return being subject to security being furnished in an amount not less than an amount which represents the open market value of such property on the date on which it is so returned. (4) Where any person to whom movable property is temporarily returned under paragraph (3)(a) fails to surrender such property on demand or comply with any term or condition imposed under that paragraphβ€” (a) the security furnished in respect of such property shall be forfeited; and (b) that person commits an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than two times the amount of the security furnished by him, and to imprisonment for a term not exceeding two years. (5) Where an order of forfeiture is made by the court in respect of property returned under paragraph (3)(b), such forfeiture shall be effected by forfeiting the security furnished by the person to whom the property was returned. (6) When any movable property seized under this Act consists of money, shares, securities, stocks, debentures or any chose-in-action, in the possession or under the custody or control of any person other than the person against whom the prosecution is intended to be taken, the seizure shall be effected by an officer of the Commission of the rank of Assistant Superintendent or above serving an order on such personβ€” (a) prohibiting him from using, transferring, or dealing with such property; or (b) requiring him to surrender the property to an officer of the Commission of the rank of Assistant Superintendent or above in the manner and within the time specified in the order. (7) Where any movable property seized is liable to speedy decay or deterioration, or is property which cannot be maintained without difficulty, or which is not practicable to be maintained, and which cannot be dealt with under subsection (3), an officer of the Commission of the rank of Superintendent or above may sell or cause to be sold the property and shall hold the proceeds of the sale, after deducting therefrom the costs and expenses of the maintenance and sale of the property, to abide the result of any proceedings under this Act.

Malay text (authoritative)

Peruntukan lanjut berhubungan dengan penyitaan harta alih

(1) Jika apa-apa harta alih disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan dengan memindahkan harta alih itu daripada milikan, jagaan atau kawalan orang yang daripadanya harta itu disita dan meletakkannya di bawah jagaan mana-mana orang atau pihak berkuasa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi. (2) Jika tidak praktik, atau selainnya tidak wajar, untuk melaksanakan pemindahan apa-apa harta alih di bawah subseksyen (1), pegawai yang disebut dalam subseksyen itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu disita di bawah jagaan mana-mana orang yang ditugaskannya bagi maksud itu. (3) Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana harta alih, termasuk apa-apa harta alih yang disebut dalam subseksyen (6), telah disita di bawah Akta ini, seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, selain pegawai yang melaksanakan penyitaan itu, boleh mengikut budi bicaranyaβ€” (a) memulangkan buat sementara harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan, dan tertakluk, bagaimanapun, kepada pemberian jaminan yang mencukupi untuk memastikan bahawa harta alih itu akan diserahkan apabila tuntutan dibuat oleh pegawai yang membenarkan pelepasan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi; atau (b) memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya harta itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskan harta itu, dan pemulangan itu dijadikan tertakluk kepada pemberian jaminan yang amaunnya tidak kurang daripada amaun yang merupakan nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh harta itu dipulangkan. (4) Jika mana-mana orang yang kepadanya harta alih dipulangkan buat sementara di bawah perenggan (3)(a) tidak menyerahkan harta itu apabila dituntut atau tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan ituβ€” (a) jaminan yang diberikan berkenaan dengan harta itu hendaklah terlucut hak; dan (b) orang itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda amaun jaminan yang diberikan olehnya, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. (5) Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah berkenaan dengan harta yang dipulangkan di bawah perenggan (3)(b), pelucuthakan itu hendaklah dilaksanakan dengan melucuthakkan jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu dipulangkan. (6) Jika apa-apa harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, syer, sekuriti, saham, debentur atau apa-apa hak dalam tindakan, yang berada dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan mana-mana orang selain orang yang terhadapnya pendakwaan akan dibuat, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi yang menyampaikan pada orang itu suatu perintahβ€” (a) yang melarang orang itu menggunakan, memindahkan, atau membuat urusan tentang harta itu; atau (b) menghendaki orang itu menyerahkan harta itu kepada seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu. (7) Jika apa-apa harta alih yang disita ialah suatu yang mudah reput atau menjadi rosak, atau merupakan harta yang tidak dapat disenggara tanpa kesukaran, atau yang tidak praktik untuk disenggara dan tidak dapat diuruskan di bawah subseksyen (3), seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dan hendaklah memegang hasil jualan itu, selepas ditolak daripadanya kos dan belanja penyenggaraan dan penjualan harta itu, untuk menanti keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 694 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next