My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 42

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 42

s 42 Dealing with property after seizure to be void

(1) Where any property has been seized under this Act, and so long as such seizure remains in force, any dealing effected by any person or between any persons in respect of such property, except any dealing effected under this Act or by virtue of this Act by an officer of a public body in his capacity as such officer, or otherwise by or on behalf of the Government of Malaysia, or the Government of a State, or a local authority or other statutory authority, shall be void, and shall not be registered or otherwise given effect to by any person or authority. (2) Subsection (1) shall be in addition to and not in derogation of subsections 38(3) and (4). (3) For so long as a seizure of any property under this Act remains in force, no action, suit or other proceeding of a civil nature shall be instituted, or if it is pending immediately before such seizure, be maintained or continued in any court or before any other authority in respect of the property which has been so seized, and no attachment, execution or other similar process shall be commenced, or if any such process is pending immediately before such seizure, be maintained or continued, in respect of such property on account of any claim, judgement or decree, regardless whether such claim was made, or such judgment or decree was given, before or after such seizure was effected, except at the instance of the Government of Malaysia or the Government of a State, or at the instance of a local authority or other statutory authority, or except with the prior consent in writing of the Public Prosecutor.

Malay text (authoritative)

Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah

(1) Jika apa-apa harta disita di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu berkuat kuasa, apa-apa urusan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang atau antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa-apa urusan yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seseorang pegawai sesuatu badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun lain, adalah tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau selainnya diberi kuat kuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa. (2) Subseksyen (1) ialah tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 38(3) dan (4). (3) Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika ia belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses yang seumpama itu boleh dimulakan, atau jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next