My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 48

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 48

s 48 Obstruction of investigation and search

Any person who— (a) refuses any officer of the Commission access to any premises, or fails to submit to a search by a person authorized to search him under this Act; (b) assaults, obstructs, hinders or delays any officer of the Commission in the execution of his duty under this Act; (c) fails to comply with any lawful demand, notice, order or requirement of an officer of the Commission in the execution of his duty under this Act; (d) omits, refuses or neglects to give to an officer of the Commission any information which may reasonably be required of him and which he is empowered to give; (e) fails to produce to, or conceals or attempts to conceal from, an officer of the Commission any book, document, or article, in relation to which such officer has reasonable grounds for suspecting that an offence under this Act has been or is being committed, or which is liable to seizure under this Act; (f) rescues or endeavours to rescue or causes to be rescued any thing which has been duly seized; (g) destroys any thing to prevent the seizure thereof, or the securing of the thing; or (h) interferes with, puts fear into, threatens or abducts or attempts to interfere with, put fear into, threaten or abduct any person involved in an investigation under this Act, commits an offence.

Malay text (authoritative)

Menghalang penyiasatan dan penggeledahan

Mana-mana orang yang— (a) enggan memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini; (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahlengahkan pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini; (c) tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah seseorang pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini; (d) tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai Suruhanjaya apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya; (e) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai Suruhanjaya apa-apa buku, dokumen, atau barang, yang berhubungan dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan, atau yang boleh disita di bawah Akta ini; (f) mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; (g) memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya atau penahanan benda itu; atau (h) mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next