s 50 Presumption in certain offences
(1) Where in any proceedings against any person for an offence under section 16, 17, 18, 20, 21, 22 or 23 it is proved that any gratification has been received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered, by or to the accused, the gratification shall be presumed to have been corruptly received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered as an inducement or a reward for or on account of the matters set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved.
(2) Where in any proceedings against any person for an offence under section 161, 162, 163 or 164 of the Penal Code, it is proved that such person has accepted or agreed to accept, or obtained or attempted to obtain any gratification, such person shall be presumed to have done so as a motive or reward for the matters set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved.
(3) Where in any proceedings against any person for an offence under section 165 of the Penal Code it is proved that such person has accepted or attempted to obtain any valuable thing without consideration or for a consideration which such person knows to be inadequate, such person shall be presumed to have done so with such knowledge as to the circumstances as set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved.
(4) Where in any proceedings against any person for an offence under paragraph 137(1)(b) of the Customs Act 1967, it is proved that any officer of customs or other person duly employed for the prevention of smuggling has accepted, agreed to accept or attempted to obtain any bribe, gratuity, recompense, or reward, such officer or person shall be presumed to have done so for the neglect or nonperformance of his duty as set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved.
Malay text (authoritative)
Anggapan dalam kesalahan tertentu
(1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima atau dipersetujui untuk diterima, disetuju terima atau dipersetujui untuk disetuju terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan, atau ditawarkan oleh atau kepada tertuduh, suapan itu hendaklah dianggap telah diterima atau dipersetujui untuk diterima, disetuju terima atau dipersetujui untuk disetuju terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan atau ditawarkan secara rasuah sebagai suatu dorongan atau upah bagi atau kerana perkara-perkara yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
(2) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 161, 162, 163 atau 164
Kanun Keseksaan, adalah dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau bersetuju untuk menyetuju terima, atau memperoleh atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian sebagai motif atau upah bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
(3) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa benda berharga tanpa balasan atau dengan balasan yang orang itu tahu tidak memadai, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian dengan mengetahui hal keadaan yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
(4) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah perenggan 137(1)(b) Akta Kastam 1967 adalah dibuktikan bahawa mana-mana pegawai kastam atau orang lain yang diambil kerja dengan sewajarnya bagi pencegahan penyeludupan telah menyetuju terima, bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa sogokan, ganjaran, imbalan, atau upah, pegawai atau orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian untuk mengabaikan atau tidak melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).