Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 52
Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 52
s 52 Evidence of accomplice and agent provocateur
(1) Notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, in any proceedings against any person for an offence under this Act—
(a) no witness shall be regarded as an accomplice by reason only of such witness having—
(i) accepted, received, obtained, solicited, agreed to accept or receive, or attempted to obtain any gratification from any person;
(ii) given, promised, offered or agreed to give any gratification; or
(iii) been in any manner concerned in the commission of such offence or having knowledge of the commission of the offence;
(b) no agent provocateur, whether he is an officer of the Commission or not, shall be presumed to be unworthy of credit by reason only of his having attempted to commit, or to abet, having abetted or having been engaged in a criminal conspiracy to commit, such offence if the main purpose of such attempt, abetment or engagement was to secure evidence against such person; and
(c) any statement, whether oral or written, made to an agent provocateur by such person shall be admissible as evidence at his trial.
(2) Notwithstanding any written law or rule of law to the contrary, a conviction for any offence under this Act solely on the
uncorroborated evidence of any accomplice or agent provocateur shall not be illegal and no such conviction shall be set aside merely because the court which tried the case has failed to refer in the grounds of its judgment to the need to warn itself against the danger of convicting on such evidence.
Malay text (authoritative)
Keterangan rakan sejenayah dan ejen provokasi
(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini—
(a) tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya semata-mata kerana saksi itu telah—
(i) menyetuju terima, menerima, memperoleh, meminta, bersetuju untuk menyetuju terima atau menerima, atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan daripada mana-mana orang;
(ii) memberikan, menjanjikan, menawarkan atau bersetuju untuk memberikan apa-apa suapan; atau
(iii) telah dengan apa-apa cara terlibat dalam pelakuan kesalahan itu atau tahu tentang pelakuan kesalahan itu;
(b) tiada ejen provokasi, sama ada dia pegawai Suruhanjaya atau tidak, boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata kerana dia telah cuba melakukan, atau bersubahat dalam, telah bersubahat dalam atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama
percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu; dan
(c) apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada seseorang ejen provokasi oleh orang itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, sesuatu sabitan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana rakan sejenayah atau ejen provokasi tidaklah tak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.
Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).