Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 54
Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 54
s 54 Admissibility of statements and documents of persons who are dead or cannot be traced, etc.
Notwithstanding any written law to the contrary, in any proceedings against any person for an offence under this Act—
(a) any statement made by any person to an officer of the Commission in the course of an investigation under this Act; and
(b) any document, or copy of any document, seized from any person by an officer of the Commission in the exercise of his powers under this Act,
shall be admissible in evidence in any proceedings under this Act before any court, where the person who made the statement or the document or the copy of the document is dead, or cannot be traced or found, or has become incapable of giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an amount of delay or expense which appears to the court unreasonable.
Malay text (authoritative)
Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini—
(a) apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai Suruhanjaya semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini; dan
(b) apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai Suruhanjaya pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Akta ini,
hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.
Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).