My bookmarksSign up free
← Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 63

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 63

s 63 Examination of offenders

(1) Whenever two or more persons are charged with an offence under this Act the court may, on an application in writing by the Public Prosecutor, require one or more of them to give evidence as a witness or witnesses for the prosecution. (2) Any person referred to in subsection (1) who refuses to be sworn or to be affirmed to answer any lawful question shall be dealt with in the same manner as witnesses so refusing may by law be dealt with by the court. (3) Every person required to give evidence under subsection (1) who, in the opinion of the court, makes a true and full discovery of all things as to which he is lawfully examined, shall be entitled to receive a certificate of indemnity under the seal of the court stating that he has made a true and full discovery of all things as to which he was examined, and such certificate shall be a bar to all legal proceedings against him in respect of all such things. (4) An application by the Public Prosecutor under subsection (1) may be presented to the court by the officer conducting the prosecution.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan pesalah

(1) Bilamana dua orang atau lebih dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah boleh, atas permohonan bertulis Pendakwa Raya, menghendaki seorang atau lebih seorang daripada mereka supaya memberikan keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwaan. (2) Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang enggan membuat sumpah atau ikrar untuk menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama sebagaimana saksi yang enggan sedemikian boleh diperlakukan di sisi undang-undang oleh mahkamah. (3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki supaya memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang, pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah, hendaklah berhak menerima perakuan tanggung rugi di bawah meterai mahkamah itu yang menyatakan bahawa orang itu telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi galangan bagi segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua benda itu. (4) Sesuatu permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh dikemukakan kepada mahkamah oleh pegawai yang menjalankan pendakwaan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 694 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next