Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 65
Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 65
s 65 Protection of informers and information
(1) Subject to subsection (2), where any complaint made by an officer of the Commission states that the complaint is made in consequence of information received by the officer making the complaint, the information referred to in the complaint and the identity of the person from whom such information is received shall be secret between the officer who made the complaint and the person who gave the information, and everything contained in such information, identity of the person who gave the information and all other circumstances relating to the information, including the place where it was given, shall not be disclosed or be ordered or required to be disclosed in any civil, criminal or other proceedings in any court, tribunal or other authority.
(2) If any book, paper or other document, or any visual or sound recording, or other matter or material which is given in evidence or liable to inspection in any civil, criminal or other proceedings in any court, tribunal or other authority as are referred to in subsection (1) contains any entry or other matter in which any person who gave the information is named or described or shown, or which might lead to his discovery, the court before which the proceedings are held shall cause all such parts thereof or passages therein to be concealed from view or to be obliterated or otherwise removed so far as is necessary to protect such person from discovery.
(3) Any person who gives the information referred to in subsection (1) knowing that the information is false commits an offence and shall on conviction be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years, and shall also be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit; and for the purposes of any investigation into, or prosecution of, any offence under this subsection, subsections (1) and (2) shall not apply.
Malay text (authoritative)
Perlindungan pemberi maklumat dan maklumat
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai Suruhanjaya menyatakan bahawa aduan itu dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu, dan segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan atau diperintahkan atau dikehendaki supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.
(2) Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain, atau apa-apa rakaman tampak atau bunyi, atau benda atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain sebagaimana yang
disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa catatan atau benda lain yang menamakan atau memperihalkan atau menunjukkan mana-mana orang yang memberikan maklumat itu, atau yang mungkin membawa kepada penzahiran identitinya, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala bahagian dokumen, rakaman, benda atau bahan itu atau petikan dalamnya disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan atau selainnya dihapuskan setakat yang perlu untuk melindungi identiti orang itu daripada terzahir.
(3) Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan juga boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen ini, subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai.
Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).