Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 72
Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 s 72
s 72 Immunity
No action, suit, prosecution or other proceedings whatsoever shall lie or be brought, instituted, or maintained in any court or before any other authority against—
(a) the Government of Malaysia;
(b) any officer or employee of the Government of Malaysia or of the Commission;
(c) any member of the Advisory Board or the Special Committee or any other committee established under or for the purposes of this Act; or
(d) any person lawfully acting on behalf of the Government of Malaysia, Commission, officer or employee of the Government of Malaysia or Commission,
for or on account of, or in respect of, any act done or statement made or omitted to be done or made, or purporting to be done or made or omitted to be done or made, in pursuance or in execution of, or intended pursuance or execution of this Act, or any order in writing, direction, instruction, notice or other thing whatsoever issued under this Act:
Provided that such act or such statement was done or made, or was omitted to be done or made, in good faith.
Malay text (authoritative)
Kekebalan
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa jua prosiding lain boleh diambil, dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap—
(a) Kerajaan Malaysia;
(b) mana-mana pegawai atau pekerja Kerajaan Malaysia atau Suruhanjaya;
(c) mana-mana anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa Khas atau mana-mana jawatankuasa lain yang ditubuhkan di bawah atau bagi maksud Akta ini; atau
(d) mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia, Suruhanjaya, pegawai atau pekerja Kerajaan Malaysia atau Suruhanjaya,
bagi atau kerana, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang bermaksud menurut atau melaksanakan Akta ini, atau apa-apa perintah bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa jua benda yang dikeluarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Text as at 1 June 2020 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).